by Oh! Semput
HOME Posted on 19 Jan 2021 11:31:46
Sejak semalam, nama pelakon veteran Norlia Ghani, 71 telah trending di media sosial susulan daripada sebuah akaun Twitter yang mengeluarkan kenyataan perbandingan terhadap artis tersebut dengan seorang lagi selebriti sehingga membuatkan orang ramai kurang senang.
Menerusi hantaran dibuat netizen yang menggelarkan dirinya sebagai JAS A Rosmah, dia telah memuat naik beberapa gambar selebriti Kavita Sidhu yang masih cantik walaupun sudah berusia 49 tahun.
Namun, JAS A Rosmah menambah kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa netizen lain yang berusia 30 tahun pula seakan menyerupai pelakon veteran Norlia Ghani.
Pastinya posting berkenaan mengundang rasa marah peminatnya dan membuatkan orang ramai mulai menyerang tweet tersebut. Salah satunya ialah seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya anak saudara kepada pelakon terkenal itu.
Menurut Januar Haikal, Norlia Ghani masih gigih bekerja walaupun sudah berusia emas. Dia mengakui kesal dengan apa yang dilakukan oleh pengguna Twitter tersebut apabila sesuka hati melakukan perbandingan sebegitu.
Justeru itu, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet. Rata-rata netizen turut berasa ralat dengan kenyataan agak mengguris hati yang dilakukan oleh akaun Twitter JAS A Rosmah itu.
Walau bagaimanapun, hantaran yang dibuat oleh akaun Twitter tersebut sudah dipadam susulan mendapat kecaman daripada netizen di media sosial.
Norlia Ghani juga telah memberi maklum balas kepada Berita Harian dengan tidak mengambil pusing kenyataan-kenyataan menyinggung perasaan tersebut kerana tahu ramai yang akan mempertahankannya.
: Januarhaikal, Berita Harian (Zaidi Mohamad)