3 banduan, jururawat positif Covid-19 di Singapura

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 30 May 2020 10:05:14

TIGA banduan baharu dan seorang jururawat am yang bekerja di Kompleks Penjara Changi, diuji positif Covid-19 setakat sehingga Jumaat (29 Mei). 

“Kes ini tiada kaitan antara satu sama lain,” menurut Jabatan Penjara Singapura (SPS) dalam kenyataan hari ini.

Menurut SPS ketiga-tiga banduan yang baru dimasukkan ke dalam penjara, masih lagi menjalani pengasingan semasa mereka diuji positif Covid-19 melalui ujian swab.

“Mereka segera diasingkan daripada banduan yang baru dimasukkan di bawah pengasingan dan ditempatkan di kemudahan penjara berasingan.

“Dua daripada banduan tersebut telah discaj dari kemudahan itu, manakala seorang lagi, sihat secara klinikal. Jururawat am itu telah sembuh dan kembali bertugas,” menurut SPS. 

Menurut SPS, tiada kes jangkitan Covid-19 susulan daripada kes berkenaan.

SPS menyatakan pihaknya telah melaksanakan langkah pencegahan untuk penghuni dan petugas sejak bermulanya situasi Covid-19 untuk mengurangkan risiko jangkitan dan memastikan kes itu dapat dikesan lebih awal.

Sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga, semua banduan baharu di Kompleks Penjara Changi diasingkan selama 14 hari daripada banduan lain.

Mereka menjalani ujian swab bagi Covid-19 selepas kemasukan dan di akhir tempoh pengasingan, menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh pemutus rantaian, semula lawatan keluarga dan program bersemuka untuk para banduan telah digantung, dengan penghuni berhubung dengan keluarga mereka melalui panggilan telefon, surat atau e-surat, menurut kenyataan itu. – Bernama, 30 Mei, 2020.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts