Bangladesh tangkap individu disyaki militan di kem pelarian Rohingya

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 31 Dec 2017 12:00:35

COX'S BAZAR, BANGLADESH: Polis Bangladesh hari ini (31 Dis) menangkap seorang individu yang disyaki militan di sempadan daerah Ukhia, berdekatan kem-kem di mana ribuan Muslim Rohingya melarikan diri dan berlindung daripada tindakan tentera Myanmar.

Batalion Tindakan Pantas (RAB), iaitu polis elit yang ditugaskan untuk menangani fahaman pelampau di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, menyatakan ia menahan Sharful Awal, 30 tahun, kerana didakwa berhubungan dengan kumpulan militan antarabangsa.

Awal dibebaskan atas ikat jamin pada bulan Januari setelah dia didakwa atas kesalahan berkaitan anti-pengganasan dan bahan-bahan letupan di daerah Chittagong, menurut Ketua RAB tempatan Ruhul Amin dalam satu kenyataan.

Namun setelah dibebaskan, Awal "berhubungan dengan pelbagai kumpulan militan antarabangsa menerusi media sosial dalam usaha untuk menubuhkan Khilafah melalui apa yang disifatkan sebagai jihad," kata Encik Amin.

Polis mendakwa Awal merupakan anggota kumpulan Jameyatul Mujahideen Bangladesh (JMB), sebuah kumpulan pelampau tempatan, dan terlibat merekrut anggota baru di negara itu.

Kumpulan JMB yang baru itu dipersalahkan atas beberapa serangan terhadap warga asing dan agama-agama minoriti, termasuk serangan berdarah di kafe mewah di Dhaka pada tahun lalu di mana 18 warga asing ditembak dan ditikam sampai mati.

Namun Encik Amin berkata sejauh ini pihak berkuasa tidak menjumpai sebarang kaitan antara Amal dengan pelarian Rohingya.

Sekitar 655,000 Rohingya sudah meninggalkan Myanmar sejak lewat bulan Ogos untuk melarikan diri daripada apa yang disifatkan oleh para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penghapusan kaum.

Kebanyakan pelarian sudahpun berada di sempadan di tenggara Bangladesh seperti Ukhia.

Pihak berkuasa Bangladesh juga sudah mengetatkan kawalan keselamatan dan usaha pemantauan di kem-kem pelarian Rohingya kerana bimbang ia mungkin menjadi tapak semaian untuk merekrut kumpulan pelampau tempatan dan antarabangsa.

Pasukan-pasukan kawalan sempadan negara itu juga sudah memperketat rondaan untuk mencegah militan-militan Rohingya - yang sudah melancarkan beberapa serangan ke atas pondok keselamatan Myanmar sejak Oktober lalu - daripada memasuki Bangladesh.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts