Bangunan runtuh dalam kebakaran besar di Sydney

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 25 May 2023 18:00:27

KEBAKARAN besar berlaku di sebuah bangunan tujuh tingkat di pinggir bandar Surry Hill di tengah Sydney pada petang Khamis, lapor Xinhua.

Sekurang-kurangnya 50 orang dipindahkan dalam kebakaran yang berlaku di Randle Street berhampiran Stesen Sentral, menurut media tempatan.

Bomba dan Penyelamat New South Wales berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.

Lebih 100 anggota bomba dan 20 trak bomba sedang berusaha untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.

Kebakaran itu turut menyebabkan bangunan itu runtuh dan api merebak ke beberapa bangunan berdekatan termasuk pangsapuri.

Sekurang-kurangnya sebuah kenderaan di kawasan itu musnah dalam kebakaran tersebut.

Kebakaran bermula di aras tiga bangunan itu, lapor ABC News memetik kenyataan Penguasa Bomba dan Penyelamat NSW Adam Dewberry.

Kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan berikutan penutupan jalan-jalan utama di sekitar Randle Street dan perkhidmatan rel aliran ringan juga tergendala. – Bernama, 25 Mei, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts