by Oh! Semput

Banjir Kota Belud: Puluhan kenderaan terperangkap seketika selepas berlaku banjir kilat di sekitar pekan berikutan hujan lebat selama hampir dua jam, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, banjir kilat dianggarkan antara 0.3 hingga 0.5 meter itu, menyebabkan jalan di sekitar pekan sesak apabila orang ramai bergegas memindahkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi.
BACA JUGA: Banjir Kilat di Kota Belud
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata, pihaknya melakukan pemantuan di beberapa lokasi sekitar pekan bagi memastikan keselamatan orang ramai.
“Setakat ini, keadaan terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan memandangkan banjir mula surut bermula jam 5 petang tadi.
“Siasatan awal mendapati banjir dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat di sekitar pekan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.