Banjir P.Pinang: Jabatan Pendidikan akan pastikan tiada calon SPM yang tercicir

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 05 Nov 2017 08:01:23

KEPALA BATAS: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang akan memastikan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terbabit dalam bencana banjir di negeri itu  tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan itu, esok.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman berkata semua calon  SPM yang terjejas banjir boleh mengambil peperiksaan itu di sekolah lain esok.

Katanya, setakat ini, pihaknya telah mengenalpasti beberapa buah sekolah yang terlibat.

Tambahnya, pihak jabatan menerusi Jawatankuasa Khas Keselamatan SPM yang dianggotai pelbagai agensi sudah bersiap siaga bagi menghadapi bencana alam berkenaan.

Ujarnya , pihak jabatan telah mengambil langkah segera dan membuat persediaan rapi bagi memastikan semua calon SPM dapat menduduki peperiksan kertas Bahasa Melayu esok.

Beliau berkata para pelajar yang akan menduduki SPM diminta sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat.

Dalam masa sama, katanya, pihaknya  telah  mengarahkan supaya tiada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini digunakan sebagai pusat pemindahan untuk menempatkan mangsa banjir.

Hujan lebat berterusan lebih 17 jam sejak 12 tengah hari Sabtu memburukkan lagi keadaan banjir yang melanda negeri itu.

Air naik mendadak turut melumpuhkan sebahagian besar kawasan di George Town dan Seberang Perai termasuk menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas luar biasa di negeri itu.

’s

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts