Bantahan berterusan di Kashmir meski India kenakan sekatan

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 15 Sep 2019 14:00:53

KONGSI ARTIKEL

SRINAGAR: Sekitar 20 tunjuk perasaan membantah pentadbiran India diadakan setiap hari di Kashmir sepanjang enam minggu lalu meskipun sekatan keselamatan dikuat kuasa untuk mengelak pergolakan daripada berlaku, seorang sumber kanan parlimen memberitahu AFP.

Ketegangan terus memuncak di kawasan Himalaya yang dipertikaikan itu setelah keputusan New Delhi bulan lalu untuk melucutkan status separa autonomi Kashmir mengundang kontroversi.

Meskipun terdapat perintah berkurung, sekatan pergerakan serta khidmat internet dan telefon bimbit, bantahan awam terhadap India - kebanyakannya berlaku di bandar terbesar Srinagar - berlaku secara kerap, menurut sumber itu kepada AFP lewat Sabtu (14 Sep).

Kesemuanya 722 tunjuk perasan dianjurkan sejak 5 Ogos. Sejak hari itu, hampir 200 orang awam dan 415 anggota pasukan keselamatan cedera, menurut sumber itu lagi.

Sejauh ini lebih 4,100 orang - termasuk 170 pemimpin politik tempatan ditahan di merata lembah itu, dengan 3,000 daripada mereka dilepaskan sepanjang dua minggu lalu, menurut pegawai itu.

Masih tidak jelas sama ada terdapat sebarang pemimpin politik yang dilepaskan.

Sementara itu pihak berkuasa India sehingga hari ini menegaskan keganasan yang tercetus adalah amat sedikit dan hanya lima orang awam mati sejak tindakan tegas dilaksanakan.

Ahli keluarga empat daripada kalangan mereka yang terbunuh itu memberitahu AFP bahawa mereka yakin pasukan keselamatan bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Dua negara berjiran yang mempunyai keupayaan nuklear itu, India dan Pakistan, berperang sebanyak dua kali kerana merebutkan Kashmir, yang dibahagi kepada dua pada 1947.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan pada Jumaat berjanji untuk membawa isu pelucutan status autonomi Kashmir ke Perhimpunan Agung PBB yang akan datang.

- AFP/TQ/tq

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts