“Saya Akan Bantu Dia..” – Hafiz Mahamad ‘Offer’ Nak Hilangkan Parut Wajah Shuhada

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 18 Mar 2023 18:00:47

Sebelum ini, bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ditawarkan menjadi model untuk jenama fesyen muslimah, Bella Ammara.

Tidak berhenti di situ, rezeki Shuhada atau lebih mesra disapa Shu seolah-olah melimpah ruah selepas menghadapi pelbagai ujian berumah tangga.

Advertisement

Malah, baru-baru ini, pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad turut memanggil ibu kepada dua orang anak itu untuk hadir ke kliniknya.

Menerusi hantaran di Insta Story, Hafiz menawarkan rawatan untuk menghilangkan parut jahitan pada wajah Shuhada secara percuma.

Saya datangkan Shu ke sini untuk Dr tengokkan parut wajah dia. Saya tak ada ikat apa-apa berkenaan kerja atau agreement.

Bukan itu sahaja, suami kepada Syafiqah Aina itu turut memaklumkan dia akan memberi bantuan secara bulanan kepada Shuhada dan anak-anak.

Saya akan bagi bantuan bulanan pada dia dan anak-anak. Semoga ada kami dalam doanya. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik nanti.

shu

Terdahulu, usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri turut menawarkan Shuhada untuk menjadi duta koleksi hijab terbaharunya yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hafidz Roshdi Aliff syukri, shuhada
4 hari lalu

"Duduk Flat Murah Masa Awal Kahwin Lebih Bahagia" - Aliff Syukri Nasihat Shuhada Kembali Berbaik, Maafkan Kesalahan Hafidz Roshdi

“Saya Akan Bantu Dia..” – Hafiz Mahamad ‘Offer’ Nak Hilangkan Parut Wajah Shuhada first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts