Lori Bawa Bantuan Mangsa Kebakaran Diserbu Orang Luar, Pemandu Luah Rasa Terkilan – “Mereka Sangat Agresif”

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 22 Apr 2026 10:02:38

Seorang pemandu lori berdepan detik mengejutkan apabila kenderaan yang membawa barangan sumbangan untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan diserbu sekumpulan individu tidak dikenali, memetik Berita Harian.

Insiden tular di media sosial itu memaparkan beberapa individu memanjat lori ketika ia masih bergerak sebelum mengambil barangan dan mencampakkannya ke bawah.

Advertisement

Pemandu lori, Jeffry Ayung, 36, berkata kejadian berlaku pada hari pertama kebakaran ketika dia sedang menghantar sumbangan daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Manila dan Masjid Sungai Manila.

“Saya difahamkan mereka ini orang luar, bukan penduduk Kampung Bahagia. Saya sendiri terkejut, tak sangka mereka begitu agresif, tapi tiada kerosakan atau kecederaan berlaku, jadi kami biarkan saja sambil memandu perlahan, tapi tiba di pusat pengumpulan, barang sumbangan memang sudah tiada,” katanya.

Difahamkan, barangan yang dibawa termasuk pakaian, air mineral dan makanan kering hasil sumbangan orang ramai serta NGO.

Tular Video Anggota Bomba Diherdik, Dihina Ketika Padam Kebakaran Di Kampung Bahagia – “Tak Guna, Pergi Balik”

Susulan kejadian itu, Jeffry meluahkan rasa sedih dan bersalah kerana tidak dapat menyampaikan amanah kepada mangsa yang memerlukan.

Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama berdepan situasi sebegitu selepas empat tahun terlibat dalam kerja amal menyediakan pengangkutan percuma untuk menghantar bantuan kepada mangsa bencana.

Selain itu, kami kongsikan artikel yang lain pada pautan di bawah.

kampung bahagia
2026-04-21 10:01:04

Tular Video Anggota Bomba Diherdik, Dihina Ketika Padam Kebakaran Di Kampung Bahagia - "Tak Guna, Pergi Balik"

Lori Bawa Bantuan Mangsa Kebakaran Diserbu Orang Luar, Pemandu Luah Rasa Terkilan – “Mereka Sangat Agresif” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts