“Banyak Aurat Lain Perlu Ditutup” – Raja Azmi Akui Dirinya ‘On-Off’ Berhijab

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 19 Sep 2023 06:31:23

Penerbit dan pelakon, Raja Azmi mengakui dirinya masih belum berhijab secara sepenuhnya sebaliknya menggayakan tudung mengikut kesesuaian majlis yang dihadiri.

Ujar Raja Azmi yang ditemui media, banyak ‘aurat’ lain yang perlu ditutup dan bukan rambut semata-mata.

Advertisement

Saya memang ‘on’ ‘off’ pakai tudung. Memang pilihan saya sendiri. Pada saya, aurat bukan tutup rambut saja tapi banyak lagi seperti jaga mulut, jaga pandangan mata.

Jadi buat masa ini saya masih memilih kadang-kadang nak pakai tudung dan kadang-kadang tak pakai. Saya pilih kesesuaian. Kalau nak hadiri majlis agama, saya pakai tudung lengkap.

Tambahnya lagi, Islan itu bukan hanya bertudung kerana dia amat pasti dalam menjaga aurat lain seperti tidak mengumpat, jaga pandangan mata dan sebagainya.

Mengulas mengenai persepsi peminat dan netizen, Raja Azmi mengakui memang ada yang bertanya dan selalunya dia akan mengaku sahaja dan memohon maaf.

Perkembangan terkini, Raja Azmi kini membawa watak ibu berstatus datin dalam drama terbaru berjudul Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di saluran TV3.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Watie
21 hours ago

"Review Atau Iklan Boleh Lah.." - Watie Terima Tawaran Berlakon, Terpaksa Tolak Sebab Shuib Tak Restu

 

“Banyak Aurat Lain Perlu Ditutup” – Raja Azmi Akui Dirinya ‘On-Off’ Berhijab first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

MIX COKLAT ARAB
MIX COKLAT ARAB
Shop Now
Muslimah Swimming Cooling Jersi
Muslimah Swimming Cooling Jersi
Shop Now
MONTOKS SERUM (10ml)
MONTOKS SERUM (10ml)
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts