'Dah banyak kali berlaku, kami dah biasa cuma warganet yang lebih-lebih' - Bapa Aliff Aziz

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 May 2019 01:01:17





"Kami sudah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja. Cuma warganet sahaja yang lebih-lebih. Kami tak ada apa pun," demikian kata Aziz, berhubung kontroversi yang melanda anaknya, Aliff Aziz. 

Aziz, 59, berkata, dia dan keluarga masih belum bertemu dengan Aliff namun mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga Aliff dan Bella Astillah. 

"Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa. 

"Apa yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga," katanya. 

: Utusan Online

LAPORAN BERKAITAN


SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...