Barcelona Bida Coutinho Dengan Harga £72 Juta, Klopp Tidak Melayan!

by Oh! Semput


10
SHARES
131
VIEWS
Posted on 21 Jul 2017 11:01:34

Paul Joyce dari The Times melaporkan yang Barcelona sudah melakukan bidaan £72 juta untuk Phillipe Coutinho.

Bacelona masih belum membeli pemain tengah berstatus bintang setakat ini. Barcelona melihat usaha untuk mendapatkan Veratti juga semakin sukar.

Ini selepas pengurusan kedua-dua kelab tersebut sedang ‘berperang’ untuk Neymar. Semalam Josep Maria Bartomeu mencabar PSG untuk meneruskan bidaan lebih £200 juta untuk Neymar seperti yang termaktub di dalam klausa perlepasan.

Bartomeu yakin jika PSG berjaya mendapatkan Neymar dengan harga tersebut, mereka akan disabitkan kesalahan di bawah Financial Fair Play (FFP).

Barcelona sudah lama meminati pemain no.10 Liverpool, Phil Coutinho. Mereka mahu menjadikan pemain ini sebagai pengganti Iniesta yang sudah menghampiri fasa akhir karier beliau.

Namun begitu, Paul Joyce mendedahkan yang bidaan itu serta merta ditolak oleh Jurgen Klopp.

Klopp menyatakan yang pemain sensasi beliau itu bukan untuk dijual walau apa jua harga ditawarkan. Klopp juga memberitahu yang Liverpool bukan kelab ‘feeder’.

Coutinho sudah setuju melanjutkan kontrak 5 tahun di Anfield pada musim lalu.

Menariknya, kontrak tersebut dilaporkan tiada klausa perlepasan. Ini satu tamparan hebat untuk Barcelona yang menjadikan Coutinho sebagai pemain sasaran utama mereka.

Semalam sebuah akhbar pro-Barcelona menulis ‘objetivo Coutinho!’

Coutinho beraksi cemerlang sejak menyertai Liverpool. Beliau cepat menyerasikan diri dengan taktikal Brendan Rodgers dan Jurgen Klopp.

Musim lalu antara musim cemerlang Coutinho termasuk menjadi pemain penting membantu Brazil menjadi pasukan pertama mara ke Piala Dunia Rusia 2018.

Barcelona Bida Coutinho Dengan Harga £72 Juta, Klopp Tidak Melayan! Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts