Bauksit: Penduduk Tubuhkan Persatuan Jaga Kepentingan !

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Sep 2019 14:02:15




KUANTAN - Sempena pengumuman kerajaan yang menyokong aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit penduduk Felda Bukit Goh, di sini sepakat menubuhkan Pertubuhan Gagasan Dua Generasi Kuantan Pahang berkuatkuasa hari ini.

Pengerusinya, Jefri Salim berkata, objektif pertubuhan ini adalah untuk menjaga kepentingan 671 peneroka yang juga pemilik tanah di tanah rancangan tersebut.

Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 30 peratus penduduk dan pemilik tanah yang terlibat dengan operasi bauksit manakala selebihnya tidak.

"Oleh itu, tujuan pertubuhan ini diwujudkan adalah bagi menjaga kepentingan dan kebajikan kedua-dua belah pihak penduduk, yang terlibat mahupun tidak.

"Kebenaran kerajaan tentunya menggembirakan pemilik tanah kerana sudah lebih dua tahun menderita tiada pendapatan akibat telah menandatangani perjanjian dengan pelombong.

"Ada yang tanah sudah korek, ada yang belum, ada yang terima duit dan ada yang tidak," katanya.

Jefri berkata, pemilik dan penduduk lain yang tak terlibat tentu tidak setuju kerana bimbang pencemaran udara, air dan perkara inilah yang pertubuhan akan tengok dan ambil kira.

"Tujuan utama diwujudkan adalah mengkaji semula perjanjian lama yang sudah ditandatangani oleh pemilik tanah dan penduduk.

"Kita tidak mahu penduduk terutama generasi pertama teraniaya atau rugi besar dengan perjanjian lama itu," katanya yang juga Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Kampung (MPKK) Bukit Goh.

Menurut Jefri, setiap ketua keluarga penduduk dialu-alukan mendaftar sebagai ahli pertubuhan dengan yuran RM10.

"Mesyuarat Agong kali pertama pertubuhan ini akan dilaksanakan minggu depan.

"Pertubuhan juga katanya akan merancang projek jangka panjang termasuk penanaman semula kelapa sawit pada masa akan datang," katanya. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...