Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri, kata menteri

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 26 Mar 2023 18:00:28

BEKALAN ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salahuddin Ayub.

Justeru beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang mengenai bekalan tersebut memandangkan data menunjukkan bekalan mencukupi sehingga tempoh perayaan akan datang.

Beliau membidas dakwaan segelintir peniaga mengenai bekalan ayam tidak mencukupi menjadi punca menaikkan harga, yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya mendapat maklumat terperinci pada hari ini daripada Jabatan Veterinar setelah KPDN berkongsi maklumat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

“Secara rasminya data menunjukkan bekalan cukup sehingga hari raya ini,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kurma pada pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan Taman Perling di Johor Bahru, hari ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pulai itu berkata setiap aduan dipandang serius KPDN, justeru sekiranya perkara tersebut berlaku, rakyat dan peniaga diminta melaporkan perkara itu kepada KPDN.

“Kerana kita bimbang (kalau ada) isu tempatan atau tempat-tempat tertentu, itu tidaklah menggambarkan tentang isu sebenarnya. Kadang-kadang ada masalah di antara pembekal dengan peruncit, mungkin akibat daripada mereka lambat bayar ataupun bekalan tidak cukup, mungkin itu berlaku di tempat-tempat tertentu,” kata Salahuddin.

Beliau berkata pegawai penguat kuasa KPDN telahpun diarahkan mengetatkan pemantauan sepanjang bulan Ramadan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri, demi kebajikan rakyat.

“Nasihat saya kepada peniaga-peniaga selagi kerajaan masih meletakkan harga kawalan atau harga siling bagi ayam iaitu RM9.40 (sekilogram), saya harap itu dipatuhi.

“Sekiranya mereka berhadapan dengan bekalan ataupun memerlukan bantuan daripada KPDN, kita sedia membantu,” katanya ketika menjawab dakwaan peniaga yang mengatakan harga naik kerana bekalan kurang di pasaran.

Media hari ini melaporkan terdapat kekurangan bekalan ayam segar hampir 30 peratus di pasaran menyebabkan kenaikan harga ayam tidak dapat dielakkan.

Harga ayam runcit dilaporkan naik kepada RM11 sekilogram sejak awal Ramadan dan dijangkakan terus meningkat sehingga RM11.50 dalam tempoh terdekat. – Bernama, 26 Mac, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts