by Oh! Semput
26 OKT: Seorang bekas kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dipercayai menyalahguna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor pada tahun lalu.
Suspek yang pernah menjawat sebagai pembantu tadbir di pejabat berkenaan ditahan jam 12.30 tengahari di pejabatnya.
Turut ditahan adalah seorang pemilik syarikat pembekalan cenderahati berusia 59 tahun dan isterinya yang berusia 52 tahun pada hari yang sama.
mendedahkan bahawa bekas kakitangan itu disyaki menerima sogokan sebanyak RM16,566 daripada pemilik syarikat berkenaan pada tahun lalu sebagai balasan mengesyorkan syarikat tersebut sebagai pembekal cenderahati.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah dilaporkan mengesahkan penahanan itu dan berkata ketiga-tiga suspek akan direman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.