Bekas KP JPJ meninggal dunia

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 03 Aug 2019 17:03:29

MALINDA ABDUL MALIK

03 Ogos 2019 11:39 PM

AMPANG JAYA - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Nadzri Siron meninggal dunia akibat penyakit leukimia di Hospital Ampang di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.19 malam tadi.

Anak keduanya, Shahirah Nadzri berkata, arwah bapanya dikesan menghidap penyakit leukimia pada Februari lalu selepas mengadu sesak nafas.

Katanya, arwah menjalani rawatan kimoterapi buat kali ketiga  pada 18 Julai lalu kerana masalah darah putih kembali tidak normal, namun daya tahan badannya tidak kuat.

“Sebelum ini dia (ayah) pernah berpesan meminta kami menjaga mak kerana dia kata dah tak lama.

“Arwah bapa akan dikebumikan malam ini di Tanah perkuburan USJ22 selepas selesai urusan di hospital,” katanya ketika dihubungi tadi.

Nadzri meninggalkan balu, Datin Seri Fatimah Ariffin dan empat orang anak.

Beliau dilantik menjadi Ketua Pengarah JPJ pada tahun 2016 sebelum bersara pada Mac lalu sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts