Bekas Pengerusi Bank Di China Mengaku Terima Rasuah Selepas RM118 Juta Ditemui Di Rumahnya

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 15 Jan 2020 04:04:01

Presiden China, Xi Jinping telah berikrar dalam satu kempen sebelum ini bahawa keutamaan beliau adalah untuk membebaskan tanah besar China dari cengkaman rasuah.

Kempen perangi rasuah ini telah mula menangkap beberapa individu yang terlibat dengan kegiatan ini antaranya adalah Yang Jiacai, bekas pembantu naib pengerusi di Suruhanjaya Perbankan China. Yao Gang, yang juga Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China dan Wu Xiaohui,  penyelia Anbang Insurance Group Co.

shell-cover-image-1-671×325

Untuk rekod, lebih dari 1 juta pegawai kerajaan telah dihukum dalam kempen anti-rasuah Xi, menurut harian People’s Daily.

Terbaharu, bekas pengerusi salah sebuah bank di  China mengaku menerima suapan berjuta yuan dan duit itu disimpan di dalam kabinet di sebuah pangsapuri di Beijing yang dirujuk oleh beliau sebagai ‘pasaraya’.

Lai Xiaomin, bekas pengerusi China Huarong Asset Management Co., telah dituduh mengambil suapan dalam salah satu kes rasuah terbesar China.

Pada hari Isnin lalu, beliau mengaku dalam satu rancangan TV tempatan bahawa dia lebih suka ‘pembayaran tunai’ dan selalunya akan membawa banyak bagasi yang penuh dengan duit ke rumahnya – dilaporkan hampir RM118.10 juta telah ditemui.

“Saya dapat sahaja duit itu, saya akan terus tinggalkannya di rumah saya, ia seperti melakukan perjalanan biasa ke pasar raya,” kata Lai, 57, sebelum menyambung, “saya tidak sempat membelanjakan walau satu sen kerana semuanya disita pada akhirnya. “

Pengakuan seperti Lai menjadi ritual biasa di China sejak Xi Jinping mengetatkan cengkamannya.

Xi juga sedang berlawan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dalam tiga dekad, peningkatan risiko kewangan, pertikaian perdagangan dengan A.S. dan pembangkang yang semakin meningkat di Taiwan dan Hong Kong.

Beliau ditahan pada tahun 2018 dan dituduh mengambil 1.65 bilion yuan. Dia didapati memiliki sejumlah besar hartanah, jam tangan mewah, kereta, koleksi emas dan seni.

Pengakuan dari Lai telah menjadi topik hangat di kalangan pembuat dasar, pengawal selia dan entiti milik negara.

Bank pusat berkata bahawa aktiviti ‘mengejutkan’ dari Lai telah menyebabkan kerugian teruk bagi negara ini. Ia menjejaskan keselamatan dan kestabilan kewangan. Media tempatan memanggil beliau sebagai pegawai kewangan paling korup di China.

Bekas menteri Vietnam sebelum ini dipenjara seumur hidup selepas di dapati menerima suapan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bekas Menteri Vietnam Dipenjara Seumur Hidup Selepas ‘Kantoi’ Makan Rasuah

SPRM Dedah Wujud Unsur Rasuah Dalam Urusan Pengambilan Pekerja Asing

SPRM Dakwa Bekas CEO SSM Dan Anak Bagi Kes Rasuah RM5.7 Juta

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts