Belum pernah dengar coklat delima? Ini dia KitKat Delima

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 22 Apr 2018 08:00:48

ZURICH: Syarikat Nestle akan memperkenalkan coklat delima 'KitKat' di negara-negara Eropah tidak lama lagi setelah coklat itu dijual di pasaran Jepun dan Korea Selatan.

Ini didedahkan syarikat tersebut baru-baru ini (10 Apr). KitKat merupakan jenama pertama yang memasarkan aneka coklat baru yang dihasilkan oleh Barry Callebaut.

Langkah ini sebahagian daripada usaha Nestle untuk menghasilkan manisan-manisan unik melalui inovasi yang dijalankan.

'KitKat' yang dibuat daripada coklat delima (Ruby) itu akan dijual di cawangan-cawangan Tesco di Britain bermula 16 April pada harga AS$1.20 (S$1.60) setiap paket.

"Selepas dilancarkan di Britain, produk ini akan dilancarkan di merata Eropah dan Amerika pula," menurut Nestle.

Jerman akan menjadi pasaran Eropah selanjutnya di mana produk ini akan dilancarkan pada awal bulan Mei, kata seorang jurucakap. Beliau, bagaimanapun, tidak mengulas lebih lanjut tentang tarikh-tarikh coklat delima itu akan mula dijual di negara lain.

Pakar koko dan coklat Swiss Barry Callebaut memperkenalkan aneka pilihan coklat delima pada September lalu sebagai tambahan kepada perisa coklat susu, coklat pahit dan coklat putih yang sedia ada. Selepas 10 tahun menjalani kajian, jenis coklat baru akhirnya dihasilkan sejak lebih 10 tahun - iaitu coklat delima.

Coklat delima dibuat daripada biji koko delima. Tiada buah beri, perisa beri atau pewarna yang digunakan.

Baru-baru ini, syarikat-syarikat yang menghasilkan coklat mendapat lebih banyak permintaan untuk menghasilkan coklat yang lebih unik selepas para pembeli menjadi semakin prihatin terhadap kesihatan dan pemakanan mereka.

Alexander von Maillot, ketua jabatan manisan syarikat Nestle, turut memberi perkembangan tentang penjualan coklat delima itu yang memberangsangkan di Jepun dan Korea.

"Produk kami habis dijual di kedai-kedai dalam masa 30 minit sahaja setiap hari pada minggu pertama ia dilancarkan, pada bulan Januari. Sehingga hari ini, ramai pelanggan masih ke kedai-kedai kami untuk mencuba dan membeli produk baru kami," kata Encik Maillot.  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts