Benarkah Projek MRT Hanya Retorik Najib?

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 03:00:55

najibFoto oleh FMT

DI SEBALIK serangan, tekanan dan tohmahan berterusan pemimpin pembangkang terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, projek fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) tetap berjaya disiapkan.

Bukan sahaja siap mengikut jadual malah projek dikendalikan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) itu tidak melebihi bajet.

Kos sasaran awal projek MRT 1 itu adalah RM23 bilion dan setelah kerja-kerja siap bagi keseluruhan laluan, kos pembinaan sebenar bagi projek tersebut adalah lebih kurang RM21 bilion.

Sebanyak RM2 bilion berjaya dijimatkan sekali gus tiada unsur pembaziran dalam projek berimpak tinggi itu seperti didakwa pembangkang khususnya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

rafizi-ramli-mrt

Pada 2012, Rafizi membuat dakwaan bahawa pembinaan MRT menelan belanja RM100 bilion dan menuduh kerajaan gagal merancang pembangunan itu dengan cekap.

Naib Presiden PKR itu sekali lagi mendakwa kos RM21 biĀ­lion adalah bagi jajaran MRT sejauh 21 kilometer yang dibuka 16 Disember lalu, yakni kononnya RM1 bilion bagi setiap kilometer.

Sedangkan, fakta sebenarnya Perdana Menteri menyatakan RM21 bilion itu untuk keseluruhan pakej Fasa 1 dan 2 MRT 1 berjarak 51 kilometer.

Sehubungan itu, adakah projek MRT 1 ini retorik dan suatu pembaziran?

Rakyat seharusnya boleh menilai sendiri bagaimana etika seorang pemimpin pembangkang, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memburukkan kerajaan walaupun terpaksa berbohong.

Perkara utama yang harus difikirkan apakah impak pembinaan MRT dan siapa yang akan mendapat manfaatnya?

MRT 1 pastinya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang teruk khususnya di ibu negara, Kuala Lumpur.

19hm042c2_1482113463

Projek itu bukan sahaja membantu penghuni di Kuala Lumpur dari segi pengangkutan awam darat, malah dari segi peningkatan nilai hartanah yang begitu ketara terutamanya di kawasan yang terdapat stesen MRT.

Berapa ramai orang akan menggunakan MRT 1? Dianggarkan kira-kira 400,000 orang akan menggunakan MRT 1.

Adakah pencapaian ini membanggakan rakyat dan negara? Sudah tentu ia pencapaian yang cukup membanggakan.

MRT 1 membuktikan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kerajaan dalam memastikan keperluan rakyat diutamakan, mengatasi segala kepentingan yang lain.

Begitu juga dalam MRT 2 untuk laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang akan memberikan perkhidmatan kepada kira-kira dua juta penduduk yang merangkumi koridor yang bermula dari Sungai Buloh melalui daerah pusat perdagangan ke Bandar Malaysia, Kuchai Lama, Serdang dan berakhir di Putrajaya.

Fasa awal laluan antara Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada bulan Julai 2021 dan laluan selebihnya dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral dijadualkan akan dibuka pada bulan Julai 2022.

MRT Laluan 2 dijangka mempunyai 529,000 penumpang setiap hari dan dijangka akan memperbaiki kesesakan lalu lintas yang kronik di Kuala Lumpur.

Adakah rakyat masih belum nampak tujuan projek MRT dilaksanakan?

Projek MRT demi melonjakkan sistem pengangkutan awam negara khususnya dalam memberikan keselesaan kepada rakyat daripada kesesakan jalan raya.

Rakyat adalah keutamaan dan bukan sahaja projek MRT 1, MRT 2 dan MRT 3 malah segala yang dilakukan kerajaan demi kebaikan dan keselesaan rakyat.

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts