Bendera Malaysia Dinaikkan Terbalik Di IPD Seremban?

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 21 Aug 2019 09:02:43

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jalur Gemilang dinaikkan secara terbalik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

alt
gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, gambar tersebut adalah gambar lama yang telah ditularkan semula, oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau menjelaskan, “Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2016 berpunca daripada kesilapan teknikal. Bagaimanapun, ianya telah pun diselesaikan dan telah diperbetulkan segera ketika itu.

Saya memberi amaran kepada sesiapa yang menaikkan semula isu tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga undang-undang lain berkaitan”.

SUMBER:

Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban

Berita Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts