Benjol kepala terhantuk di kerusi, adik Iman akhirnya pergi temui Ilahi

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 20 Jun 2020 04:07:05

Selepas sembilan bulan menderita, Muhammad Iman Al-Khausar Ismail yang terhantuk kepala di kerusi sehingga mengalami benjolan disahkan meninggal dunia semalam.

Berita sedih tersebut dikongsi ibunya, Nursasabila Kamarulzaman di laman Facebook yang memberitahu kanak-kanak berusia tiga tahun itu telah pergi menemui Ilahi setelah lama menanggung kesakitan.

18.08.2017 – 19.06.2020 anak syurga pulang pd penciptanya..alfatihah#muhammadimanalkhausar

Posted by Nursasabila Kamarulzaman on Friday, June 19, 2020

Posting berkenaan menerima ratusan komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan takziah serta berharap dia dan seluruh keluarga tabah menghadapi kehilangan tersebut.

Selamat malam semua…doakan iman kuat berjuang untuk hari2 mendatang…inshaa allah..aamiin3 ya allah…

Posted by Nursasabila Kamarulzaman on Tuesday, June 16, 2020

Assalammualaikum semua..salam syg dr iman utk semua yg tak putus2 mendoakn iman..Dalam terketar2 mama iman gagahkan…

Posted by Nursasabila Kamarulzaman on Wednesday, June 10, 2020

Ya Allah, hilangkan penyakitnya, Muhammad Iman Al Khausar bin Ismail.. Berikanlah kesembuhan padanya kerana Engkaulah…

Posted by Nursasabila Kamarulzaman on Saturday, June 6, 2020

Terdahulu, Muhammad Iman terjatuh sebelum kepalanya terhantuk ketika bermain di rumah pada 17 September tahun lalu sebelum menghadapi beberapa komplikasi termasuk  jangkitan kuman pada darah.

Kisah kanak-kanak yang dilahirkan secara normal itu sering dikongsi oleh pengguna media sosial yang prihatin dengan nasibnya selain memberi kata-kata semangat buat keluarga Allahyarham.

: Nursasabila Kamarulzaman

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts