Berang selalu dimarahi, pekerja bunuh majikan sekeluarga dan tetak kepala anak majikan sehingga putus

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 13 Jan 2018 03:00:58


Berang kerana selalu dimarahi majikan, seorang lelaki bertindak membunuh keluarga majikannya termasuk anak mangsa yang berusia lapan tahun.

Jabatan Jenayah Polis (Reskrim Polresta) Banda Aceh dengan kerjsama Polis Daerah unit Kejahatan dan Kekerasan (Jatanras Polda) Sumatera Utara berjaya menangkap suspek yang dikenali sebagai Ridwan, 22, ketika dia sedang merancang untuk melarikan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan pada petang Rabu. 


Menurut laporan, Ridwan telah membunuh majikannya Tjisun, 45, dan isterinya, Minarni, 40, serta anak mereka, Callietos Ng, yang baru berusia lapan tahun. Kesemua mayat mangsa ditemui di rumah mereka di Kecamatan Kuta Alam, Kota Banda Aceh dalam keadaan menyayat hati. 

Difahamkan, Ridwan baru bekerja dengan mangsa selama sebulan. Ridwan mengaku dia sakit hati kerana selalu dimarahi oleh mangsa. Tidak tahan dengan hal itu, Ridwan nekad menamatkan riwayat majikan dan keluarganya. 

Jurucakap Polis Daerah Aceh (POLDA), Kombes Misbahul Munauwar berkata, punca utama suspek bertindak membunuh keluarga majikannya adalah kerana dendam akibat sering dimarahi.

"Suspek bekerja di kedai runcit milik mangsa. Suspek tergamak membunuh keluarga majikannya kerana terlalu sakit hati akibat sering dimarahi setiap kali melakukan pekerjaan," katanya.


Dalam keterangan Ridwan, kejadian itu berlaku pada petang Jumaat 5 Januari lalu sekitar jam 5 petang. Selepas membunuh kesemua mangsa, suspek mengunci semua pintu kediaman keluarga itu. 

Mayat Tjisun ditemui dengan luka di bahagian leher, isterinya, ditemui dalam keadaan terlentang tanpa pakaian dengan bekas luka dan cekikan di leher, manakala anak mereka ditetak sehingga putus kepala. 




Hasil soal siasat dengan suspek juga sekali gus membuktikan dakwaan yang mengatakan kononnya kejadian itu mempunyai kaitan dengan isu perkauman adalah tidak benar. 

"Itu tidak benar. Kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah tulen. Keterangan dari suspek sekali gus menepis dakwaan daripada beberapa pihak media yang mengatakan kes ini berkait dengan perkauman," katanya. 

Hasil bedah siasat juga mendapati, terdapat kesan luka pada ketiga-tiga mangsa yang menunjukkan mereka diserang menggunakan pisau. 

Difahamkan, suspek akan didakwa kerana membunuh dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 18 tahun.

: Harian Metro, Tribun News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts