by Oh! Semput
Dalam ciapannya itu, Ayla berkata dia yakin Uqasha telah berubah dan bukannya seperti individu yang pernah menyebabkan dia trauma akibat dibuli.
"I am willing to settle things with Uqasha and put an end to this issue. I have faith that she has changed her ways since then. Show me that you are not the same person that used to cause me so much pain," katanya.
Alya juga menyedari, ramai yang mengorek semula ciapan lamanya. Namun jelas Ayla, apa yang diciapnya sebelum ini adalah kerana terdesak untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Bagi Ayla, perbuatan membuli tetap tidak boleh diterima dan orang yang tidak pernah dibuli tidak akan faham akan kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Dalam masa sama Uqasha turut mempersoalkan tindakan Ayla yang mahu berbaik dengannya tetapi masih mengatakan dirinya sebagai pembuli.
"Eh tiba nak berbaik tapi still cakap saya pembuli?
"Lawyer dan polis dah dig in serta siasat semua tweet-tweet dia. Kita tunggu dan lihat. Saya malas nak layan tapi ini marah saya, fitnah yang teruk.
: Twitter Uqasha Senrosa, Alya