by Oh! Semput
Filem pendek senyap Malaysia berjudul LIFE – Living In Fear Everyday telah mencipta kejutan di pentas antarabangsa.
Dihasilkan oleh pengarah muda Justin Franz dari Ipoh bersama pengarah fotografi Suran Hassan, karya ini membuktikan bahawa semangat dan kreativiti mampu mengatasi segala kekangan.

Dengan hanya menggunakan dua model iPhone (12 Pro dan 14 Pro Max), peralatan ringkas lain, bajet kurang daripada RM1,000 dan dirakam sepenuhnya di Malaysia, duo ini berjaya menghasilkan sebuah karya yang menyentuh hati penonton di seluruh dunia.
Walaupun berdepan penolakan dana dan skeptisisme terhadap genre filem senyap di Malaysia, Franz dan Hassan tetap berani meneruskan kreativiti mereka.
Ditambah lagi dorongan daripada tokoh industri seperti Dato’ Kamil Othman, memberikan lagi semangat untuk mereka meneruskan projek ini secara bebas.
Hasilnya, usaha mereka terbalas apabila LIFE berjaya menembusi festival antarabangsa, meraih anugerah di Thailand dan India, serta mendapat pengiktirafan di UK, US dan Kanada.
Setakat ini, LIFE sudah meraih beberapa anugerah dan pengiktirafan antarabangsa termasuklah:

Keunikan LIFE terletak pada keberaniannya menyingkirkan dialog, sebaliknya mengangkat emosi, visual dan suasana sebagai bahasa utama.
Kisahnya pula diinspirasikan daripada pengalaman peribadi Franz sendiri yang membuka mata tentang erti empati dan kemanusiaan.
Sekali gus mengingatkan bahawa setiap kehidupan mempunyai nilai, dan tiada satu pun yang harus dipandang rendah.
Kini, Franz merancang untuk mengembangkan LIFE ke bentuk filem panjang atau siri senyap terhad, dengan impian menembusi festival berprestij seperti Cannes, Sundance dan juga Oscar.
Malah ekoran kejayaan LIFE, nama Franz kini mula mendapat perhatian dengan perancangannya menghasilkan karya keduanya berjudul LEDGE di mana kali ini karya akan datangnya disokong oleh sebuah studio produksi.
{suggest}
Berbekalkan 2 iPhone Dan RM1,000, ”LIFE” Raih Pengiktirafan Antarabangsa WISER.MY.