5 Tips Berbelanja Barang Dapur Dengan Jimat. Ini Caranya.

by Oh! Semput


HOME Posted on 22 Apr 2020 03:02:56



5 Tips Berbelanja Barang Dapur Dengan Jimat. Ini Caranya.

Perbelanjaan Dapur Meningkat

Pasti sepanjang PKP ini anda banyak berbelanja terutamanya perbelanjaan untuk dapur. Ini kerana, bukan anda saja berulang alik ke dapur, tetapi sudah semestinya
anak-anak anda. Sekejap-kejap minta makan. Sampai anda sendiri pun pening menu apa akan dihidangkan selepas ini.

Jadi, setiap kali anda membeli barang keperluan dapur, perbelanjaannya menjadi semakin bertambah.

Jom kita ikuti 5 tips untuk jimat belanja dapur ini.

5 Tips Jimat Belanja Dapur.

1. Buat Bajet Kira-Kira Bulanan

Ramai yang terlepas pandang perkara penting dalam tips jimat belanja dapur ni bila nak berbelanja. Sedangkan negara ada bajet, takkan kita pun tak ada bajet perbelanjaan kita kan?

Buat kira-kira pendapatan dan perbelanjaan setiap hari dan setiap bulan. Catatkan setiap perkara yang anda beli di dalam satu buku akaun.

Kalau anda berjaya buat senarai perbelanjaan ni, anda akan dapat kenal pasti perkara yang anda tidak perlu beli.harga brg dapur

2. Berbelanja Dengan Bajet Tetap

Setelah anda mengira senarai barang dapur yang anda mahu beli, dapatkan jumlah berapa ringgit duit perbelanjaan dapur anda.

Anda akan dapati setiap bulan anda akan berbelanja dengan amaun yang lebih kurang sama. Jadi tetapkan duit perbelanjaan barang dapur setiap bulan.

Kemudian, bershopping dengan jumlah duit perbelanjaan yang ditetapkan tadi. Jika wang belanja tidak cukup, bermakna anda telah membeli barang yang tiada dalam list ataupun tiada keperluan untuk buatmasa sekarang.

Jika ada duit lebihan, simpankan di dalam tabung belanja dapur anda untuk bulan berikutnya.

3. Buat Senarai Barangan

Ada baiknya anda membuat senarai barangan beserta harganya sekali sebelum anda keluar membeli barang dapur. Dan sekiranya ianya beserta harga, itu adalah yang apling terbaik sekali. Sekurangnya anda tahu harga dan boleh bajet dengan lebih baik untuk perbelanjaan bulan tersebut.

Pastikan barang yang akan dibeli sememangnya benar-benar kehabisan dan tiada stok lagi. Anda juga mesti patuh pada senarai barangan yang telah anda catatkan sekiranya anda benar-benar ingin berjimat.

list brg dapur

4. Beli-belah Secara Pukal

Anda juga boleh membeli barangan secara pukal. Biasanya pasaraya atau kedai terpilih akan membuat jualan promosi atau happy hour untuk menghabisan stok. Anda boleh menjimatkan kos dan wang anda disini. Membeli secara pukal dapat kurangkan kos per setiap unit suatu barang yang anda beli.

Anda boleh membeli dengan kuantiti yang banyak bergantung pada keadaan barang yang akan dibeli.

Barang basah seperti daging dan makanan laut yang dibeli secara pukal, boleh dibekukan untuk digunakan di bulan-bulan yang akan datang.

Jadi untuk bulan seterusnya mungkin anda tidak perlu lagi beli barang dapur yang sudah dibeli secara pukal itu. Bijakkan?

beli barang pukal

5. Periksa Barang Mengikut Harga

Kebiasannya barang di pasaraya lebih mahal daripada kedai borong. Cuma barang kedai borong biasanya dijual dengan kuantiti yang banyak. Jadi, anda perlu bijak untuk membeli barang dapur yang sesuai di kedai borong.

Anda juga boleh membuat perbandingan harga daripda pasar raya yang berlainan. Zaman sekarang, kita sudak boleh check harga melalui online.

Jadi, check dahulu harga barang yang anda inginkan mengikut pasaraya yang berdekatan dengan anda. JIka anda selalu membeli dan tahu harga di pasaraya yang aman lebih murah dan berkualiti, itu adalah kelebihan buat anda.

Walaupuan bezanya 10 sen, ianya tetap memberikan kepuasan dan satu pulangan yang baik buat anda.

harga barang

Jadi, berbelanjalah dengan bijak untuk menjimatkan wang anda. Simpan dan gunakan wang dengan berhemah.

Selamat berbelanja dengan jimat.

5 Tips Berbelanja Barang Dapur Dengan Jimat. Ini Caranya. Portal Kini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News