Dr M bercakap isu Auku di Malaysiakini esok

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 12:01:29

Tun Dr Mahathir Mohamad akan bercakap mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dalam sebuah forum di pejabat Malaysiakini esok.

Forum berkenaan dianjurkan oleh pertubuhan pelajar, Challenger.

Setiausaha Agung Challenger, Jean Vaneisha Ravindran, berkata turut dijadual berucap pada forum berkenaan ialah aktivis siswa Anis Syafiqah Md Yusof yang digantung pengajiannya selama satu semester oleh Universiti Malaya (UM) pada 15 Disember lalu.

Anis yang terlibat sebagai penganjur himpunan #TangkapMO1 pada Ogos lalu juga diberi amaran dan didenda RM400.

Untuk makluman, Auku diperkenalkan ketika Dr Mahathir berkhidmat sebagai menteri pelajaran.

Jean Vaneisha berkata forum itu diadakan untuk menarik perhatian ramai kepada masalah sedang dialami negara ini.

Antaranya kata Jean Vaneisha ialah kekangan yang dikenakan ke atas ahli akademik muda dan cendekiawan daripada membangunkan negara.

“Kami perdana Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang berperanan aktif memajukan negara boleh memberi gambaran sebenar kelemahan Auku dan mungkin mencadangkan pembaharuan dalam dasar pentadbiran mentadbir pendidikan,” katanya.

Anis tidak sendirian

Sebelum ini Challenger menghubungi Malaysiakini untuk menyewa ruang dalam bangunan portal berita ini dan forum berkenaan berlangsung antara jam 8 hingga 11 malam.

Ia terbuka kepada umum.

Ekoran tindakan UM mengenakan tindakan disiplin ke atas Anis dan empat yang lain Dr Mahathir yang juga perdana menteri keempat Malaysia menulis surat kepada aktivis berkenaan.

Menurut pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, beliau berasa “amat terganggu” dengan tindakan disiplin yang dikenakan.

Katanya memang jelas Anis bimbang terhadap masa depan negara dan generasi akan datang akibat salah laku Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil pihak berkuasa AS baru-baru ini.

“Saudari tidak bersendirian dalam kebimbangan ini. Saya yang di penghujung usia mungkin akan terlepas akan terlepas menghadapi penderitaan angkara MO1.

“Tetapi ini tidak bermakna saya akan berpeluk tubuh dan membiarkan MO1 bermaharajalela dengan kemungkarannya.

“Saya berharap saudari terus tabah menghadapi dugaan ini kerana perjuangan tanpa pengorbanan bukanlah satu perjuangan,” katanya.

Mahathir juga berharap lebih ramai golongan muda akan mengikuti jejak langkah Anis.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts