Saya akan berdepan undi percaya di Parlimen, kata PM10

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 15:00:28

PERDANA Menteri baharu Anwar Ibrahim berkata beliau akan berdepan undi usul percaya di Parlimen bagi membuktikan beliau cukup jumlah untuk membentuk kerajaan.

“Usul pertama (apabila Dewan Rakyat bersidang) selain daripada angkat sumpah adalah usul dari kerajaan iaitu undi percaya. Jadi tidak timbul keresahan kita tentang keabsahan yang ada,” katanya pada sidang media pertamanya di Sungai Long, Kajang malam ini.

Dalam pada itu Anwar turut mengisytiharkan Isnin sebagai cuti umum khas.

Anwar berkata beliau mahu mengotakan janjinya dengan mengisytiharkan cuti umum.

alt

Katanya, beliau perkara tersebut telah dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya bersyukur kerana hari ini dan sebelumnya keadaan dan keyakinan pelabur juga berubah, ringgit diperkuat dan bursa lebih segar. 

“Justeru, saya putuskan esok tidak boleh diberi cuti umum tetapi diganti dengan hari Isnin (28 Nov),

“Saya telah berjanji cuti umum tetapi kerana kebuntuan politik, perkara ini tidak diselesaikan pada Isnin (lepas),” katanya.

Anwar berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Yang di-Pertuan Agong berhubung cuti umum namun ia tertangguh susulan kebuntuan penubuhan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) minggu lepas.  – 24 November, 2022

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts