Berebut Hadiah Krismas, Pembeli Berantakan Sesama Sendiri

by Oh! Semput


10
SHARES
131
VIEWS
Posted on 22 Dec 2016 10:00:53

SATU pergaduhan tercetus melibatkan sekumpulan enam orang pembeli di sebuah pasar raya Jerman di Hanley, Stoke-on -Trent, Staffordshires, England kira- kira pukul satu tengah hari waktu tempatan semalam.

Menurut sebuah laman antarabangsa, insiden itu tercetus gara- gara para pembeli itu berebutkan hadiah Krismas memandangkan perayaan itu bakal menjelang minggu hadapan yang disambut pada 25 Disember setiap tahun.

Klip berdurasi 51 saat itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh seorang warga tempatan yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Berebut Hadiah Krismas, Pembeli Berantakan Sesama Sendiri

Berebut Hadiah Krismas, Pembeli Berantakan Sesama Sendiri

Di dalam klip itu, seorang lelaki memakai jaket biru, hitam dan putih, seluar krim berserta topi hitam dilihat melarikan diri dari anggota polis sebelum berjaya ditangkap oleh salah seorang orang awam.

Suspek dan beberapa anggota polis kemudiannya bergelut di hadapan sebuah gerai menjual bunga dan pokok Krismas sebelum berjaya ditumpaskan.

Menerusi video itu juga, kedengaran kanak-kanak menangis akibat ketakutan melihat pergelutan di antara suspek dan anggota polis.

Salah seorang saksi kejadian itu, Gary Dawson, 45; seorang pemandu lori memberitahu “Ia adalah pergaduhan beramai- ramai. Orang ramai menjerit dan yang lain-lain semuanya melihat dengan terkejut.

“Saya mendengar beberapa kanak-kanak menangis kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku.”

Manakala Surina Kev Ainsworth pula berkata “Menjijikkan! Sepatutnya Krismas menjadi hari yang baik.

“Semua kanak-kanak cuti sekolah, keluarga bersiar-siar dan ini yang berlaku…sebab itulah kenapa kebanyakan ibu bapa dan orang ramai tidak gemar berkunjung ke bandar sejak akhir-akhir ini.”

Pihak polis Staffordshire mengesahkan ada menerima panggilan berhubung kejadian itu dan dua orang lelaki yang terlibat telah ditahan. -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts