PADU Kini Berfungsi Sebagai ‘Back-End’ Kepada Perkhidmatan Kerajaan

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 20 Apr 2026 11:00:20

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini berfungsi sebagai back-end atau tulang belakang kepada perkhidmatan kerajaan, dengan menyediakan repositori profil sosioekonomi rakyat yang lebih menyeluruh dan menghampiri masa nyata.

Bermula Mei 2026, Kementerian Ekonomi akan mula menawarkan perkhidmatan analitik data PADU (Analytic-as-a-service) kepada agensi kerajaan menerusi portal analitik PADU. Inisiatif ini membolehkan agensi kerajaan melaksanakan analisis sosioekonomi yang dapat memenuhi keperluan dan mempertingkat kesejahteraan rakyat.

Dari segi capaian data, PADU kini mengandungi sejumlah 30.7 juta profil sosioekonomi melibatkan warganegara dan pemastautin tetap setakat April 2026. Jumlah ini terhasil daripada proses pengintegrasian berterusan bersama pelbagai agensi kerajaan. Dengan pendekatan ini, orang ramai tidak lagi perlu mengemas kini maklumat secara manual di portal PADU.

Sebagai rekod awal, seramai 10.5 juta individu berumur 18 tahun ke atas telah mengemas kini maklumat masing-masing antara 2 Januari hingga 31 Mac 2024.

Berbalik kepada konteks, PADU juga akan menyokong pelbagai bentuk perkhidmatan kepada agensi kerajaan, termasuk perkhidmatan profil (Profile-as-a-Service), perkhidmatan data (Data-as-a-Service) serta platform penyatuan data (Unified Data Platform).

Antara kegunaan utama data PADU termasuk untuk perancangan dasar, reka bentuk program serta proses semakan dan verifikasi maklumat. Penggunaannya dijangka terus meningkat selaras dengan usaha ke arah kerajaan berpacukan data (data-driven government).

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts