'Bergembira' sakan naik range roger di padang pasir, netizen persoal jihad Caprice

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:47



 


Baru-baru ini, penyanyi rap terkenal Caprice ada memuat naik hantaran di laman sosialnya mengakui dia kini rindukan keluarga dan perniagaannya dan mungkin akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.


Meskipun tidak berjaya masuk ke Gaza seperti yang diimpikan, Caprice berkata dia bertemu rakan baru di Jordan yang banyak membantunya menjayakan misi di sana.


Memetik laporan dari portal hiburan rotikaya,perkongsian terbaru Caprice di IG Story menjadi perhatian ramai netizen apabila memuat naik video pendek dirinya menaiki kenderaan Range Rover difahamkan untuk video klip lagu terbarunya.


Video yang dimuat naik Caprice di laman sosialnya itu telah menimbulkan seribu satu persoalan di kalangan netizen. Rata-rata netizen kebingungan dan mempersoalkan adakah itu jihad yang penyanyi rap itu buat iaitu dengan menghasilkan lagu bersama artis negara tersebut?




Malah, ada segelintir netizen mempersoalkan kembali apa tujuan Caprice ke negara tersebut. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mencadangkan kepada penyanyi rap itu untuk membuat penggambaran di Pantai Klebang Melaka yang turut mempunyai tempat seperti padang pasir.



Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian lain, Caprice turut memuat naik foto mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat-sahabatnya di sana sebelum pulang ke Malaysia.

: ROTIKAYA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News