Bergerak ke hadapan, Rafizi minta penyokong jangan adakan perhimpunan

by Oh! Semput


1
SHARES
18
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 18:31:03

Hari ini, teka-teki bagi pemegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10 akhirnya terjawab setelah Presiden Pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik secara rasminya.

Pengumuman itu dibuat selepas Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan  selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan dalam Perkara 40 (2)(A) dan Perkara 43 (2)(A) Perlembagaan Persekutuan .

alt

Sedar dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku selepas pengumuman berkenaan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH) untuk menghormati keperluan mendesak bagi meredakan keadaan semasa.

Ini termasuklah kepada rakan-rakan politik yang lain supaya tidak membuat sebarang perhimpunan mengenai agenda politik mereka.

alt

Rafizi berkata, keputusan untuk elakkan sebarang perhimpunan berlangsung adalah mengelakkan risiko berlakunya provokasi selain menggesa tokoh-tokoh politik supaya berhati-hati membuat sebarang kenyataan media.

“Berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi,”katanya.

Tambah Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan memberitahu orang ramai perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama. Ini demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang.

alt

: Twitter @rafiziramli

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts