'Tips berguna ni' - 7 tips buat slide presentation yang lebih baik dan profesional

by Oh! Semput


30
SHARES
392
VIEWS
Posted on 19 Dec 2017 08:01:10


Selalu buat slide presentation? Tapi slide nampak bosan dan buat audience bosan dan mengantuk sekali gus presentation yang anda buat dilabelkan sebagai gagal? Masalah seperti ini kerap berlaku kerana tidak ramai yang mengambil inisiatif untuk belajar membuat slide presentation yang menarik. 

Dengan kepelbagaian sumber percuma di internet, lambakan tutorial di sana sini sebenarnya memudahkan kerja-kerja untuk buat slide presentation. Beberapa tips yang dikongsi oleh Aiman Salim juga boleh dicuba. Semoga bermanfaat!  

INI adalah thread untuk membuat slide presentation yang lebih baik dan profesional. 

1. Elakkan slide yang wordy (penuh dengan perkataan). Wordy slides membuatkan audience mengantuk. Cuba guna bullet points dan masukkan keypoints yang penting sahaja. 

Description selebihnya nyatakan semasa presentation. Slide tak nampak bersepah. Ini wordy vs points slides. 



2. Warna font sangat penting. Kalau background cerah, gunakan font gelap. Kalau backgroun gelap, gunakan font cerah. Sakit mata dan hati bila tengok slide presentation background putih tetapi guna font kuning. Rasa nak sekeh saja kepala dia. Tapi tak apa, kita belajar. 





3. Zaman sekarang adalah zaman minimalism. Design yang melampau seumpama tidak relevant sekarang. Keep your design minimal and nice. Colourful slides also cantik tapi jangan banyak sangat colour dalam satu slide. Sakit mata. Tengok dua contoh ini, yang mana korang rasa lagi nice? 



4. Untuk membuatkan slide group korang stand out daripada group lain, put some effor untuk mencari template presentation di Google. Thousands out there yang ada free template. Template dalam Microsoft Powerpoint dah outdated. Gambar kiri itu mesti korang dah khatam, kan?



5. Kalau korang nak masukkan graphical content dalam slide, tak mahu menggunakan clipart biasa, dah nampak seperti buku teks sekolah rendah. Instead, cuba search 'flat icon' di Google dan cari icon apa yang kau nak. Slide nampak lebih kemas dan profesional. 




6. Berbalik kepada font, kalau korang nak font yang lebih menarik, boleh cuba tengok di laman DaFont. Puluhan ribu font yang boleh didownload dan install dalam laptop korang. Nampak smart sikit. Tetapi kalau korang present guna laptop lecturer, pishang. 


7. Finally, guna font sans serif. Korang boleh Google sendiri beza serif dan sans serif. Tak pun korang tengok gambar ini saja dah tahu. Font serif ini sesuai untuk report. Sans serif sesuai untuk slide presentation. 

Okey, itu sahaja untuk thread kali ini. Maaf jika ada tersilap information. Ini hanya sekadar sedikit ilmu untuk dikongsi. Maaf juga kalau thread ini bersepah. Sekejap warna, kejap background, kejap font. Harap korang boleh produce better presentation slides. 

: Bang Man @aimansalim_

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts