Vivo Y12 Berharga RM599 Akan Mula Dijual Bermula Esok

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jul 2019 10:00:27



Reading Time: 1 minute

Pasaran tempatan sedia dipenuhi dengan pelbagai penawaran telefon pintar dan bermula esok, sebuah model akan masuk bersaing di dalam segmen peranti bawah RM600.

Diperkenalkan terlebih dahulu untuk pasaran India beberapa minggu yang lalu, Vivo Y12 telah dijadualkan penjualan dalam negara pada 13 Julai 2019 dengan spesifikasi seperti berikut.

  • Skrin paparan HD+ 6.35 inci
  • Cip pemprosesan Helio P22
  • RAM 3GB
  • Storan dalaman 32GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 256GB
  • Kamera belakang; 13MP+8MP+2MP
  • Kamera hadapan 8MP
  • Bateri berkapasiti 5000mAh

Vivo Y12 menjalankan sistem FunTouchOS 9 yang berasaskan Android 9 Pie bersama-sama ciri seperti Bluetooth 5.0, USB OTG, FM Radio dan lain-lain.

 

Vivo Y12 Berharga RM599 Akan Mula Dijual Bermula Esok WISER.MY.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...