"Berhenti Cucuk Muka Sebab Nak Anak" - Siti Elizad

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 20 Jun 2019 12:00:35

Amri Hassan
Hiburan

Pelakon Siti Elizad Sharifuddin mendedahkan dia telah berhenti membuat rawatan kecantikan wajah sejak setahun lalu demi mendapatkan zuriat.

Kata Elizad, potensinya untuk hamil tinggi sekiranya dia berhenti daripada membuat rawatan melibatkan suntikan pada wajah.

"Tipulah kata tak pergi tempat kecantikan, setakat cucuk-cucuk (rawatan wajah) saya buat tetapi bukan berlebih-lebih.

"Tapi sekarang ni saya tinggalkan rawatan itu sebab nak dapatkan anak. Doktor tak cadangkan untuk buat apa-apa takut mengganggu.

"Lagipun saya ada cyst dan baru saja menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang 4 kilogram cyst dalam badan.

"Oleh itu, saya tak digalakkan mengambil suntikan atau makan produk kecantikan sebab dia akan ikut membesar," katanya kepada Gempak.

Elizad ditemui pada majlis sidang media program bual bicara Mingguan Wanita di The Gardens Mall, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, luah Elizad dia komited dan teringin untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.

"Rawatan saya bermula daripada bawah, selama ini saya tak tak pernah cerita sebab sebenarnya saya mencuba setiap tahun.

"Jadi sekarang doktor menyarankan saya mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan rawatan ke peringkat IUI atau IVF," tambahnya.

Elizad, 34, telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts