Berita palsu perlu dikekang dengan undang-undang, kata Mustapa

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 01 Feb 2018 14:01:49

UNDANG-UNDANG bagi mengekang berita palsu perlu segera diwujudkan bagi membendung tindakan pihak tertentu yang cuba menggugat keamanan dan keharmonian negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, seharusnya undang-undang ini sudah lama diwujudkan supaya masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak mudah menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat.  

"Berita palsu juga boleh meruntuhkan ekonomi, kewangan serta menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan negara lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pemukiman Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini.

Ahad lepas, Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan sebagai berkata kerajaan akan mengkaji perkara itu kerana rakyat boleh terpesong sehingga membenci kerajaan atau melakukan sesuatu seperti merusuh kerana terpengaruh dengan berita palsu.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata berita palsu termasuk melalui media sosial boleh mempengaruhi dan menghakis keyakinan terhadap institusi kerajaan seperti yang pernah berlaku kononnya Tabung Haji menghadapi masalah kewangan yang ternyata tidak benar.

"Kita tidak menyekat kebebasan bersuara tetapi untuk menentukan keadilan supaya tidak ada mana-mana pihak dianiaya dan tidak ada gunanya kita mengambil tindakan setelah keadaan sudah menjadi mudarat," katanya.

Beliau turut membidas pemimpin pembangkang yang tidak bersetuju dengan inisiatif kerajaan mewujudkan undang-undang berkenaan dan menyifatkan tindakan mereka itu berbaur politik. – Bernama, 1 Februari, 2018.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts