MSL 2019: PKNP Dan JDT Berkongsi Satu Mata Di Manjung

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Jun 2019 04:04:45


Hasrat skuad Harimau Selatan untuk membawa pulang tiga mata penuh tidak menjadi kenyataan apabila mereka berjaya diikat oleh PKNP FC, 1-1 dalam perlawanan yang cukup menarik di Stadium MP Manjung malam tadi.

Dalam perlawanan ini, JDT menurunkan kesebelasan terbaik mereka manakala PKNP FC mempertaruhkan pemain import baharu, Ramon Da Silva dan dua pemain pinjaman dari Perak, Syazwan Zaipol dan Nazirul Afif.

Skuad kendalian Benjamin Mora itu hanya memerlukan 4 minit untuk membuka akaun jaringan yang pertama melalui Diogo Luis Santo hasil hantara daripada Safawi Rasid.

4' | GOL DIOGO!@OfficialJohor mendahului @pknp_fc dalam minit-minit awal perlawanan #PKNPJDT selepas Diogo Luis Santo menjaringkan gol ke-9 dalam Liga Super.#LigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/d0B4cWECGa

— MFL LIVE (@MFL_Live) June 14, 2019

Tersentak dengan jaringan daripada pasukan pelawat, PKNP cuba bangkit mengaturkan beberapa serangan berbahaya tetapi jentera serangan yang diketuai oleh Giancarlo Lopez gagal menyudahkan deretan peluang keemasan.

10 minit kemudian, usaha mereka mengasak ke kubu JDT akhirnya membuahkan hasil apabila Ramon Da Silva manfaatkan situasi kelam kabut di kawasan gawang pasukan pelawat untuk menyamakan kedudukan, 1-1.

14' | GOL RAMON DA SILVA!@pknp_fc berjaya menyamakan kedudukan di Stadium Manjung selepas Ramon da Silva menjaringkan gol di hadapan gawang Farizal Marlias.#LigaSuper2019#MFLLive#PKNPJDT pic.twitter.com/1qVBHYhPCH

— MFL LIVE (@MFL_Live) June 14, 2019

Bagaimanapun, gol tersebut telah membangkitkan semangat pemain JDT untuk mencari jaringan yang kedua melalui asakan bertali arus melalui gandingan Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid namun dikecewakan oleh tiang.

Kedua-dua pasukan kemudian kelihatan buntu untuk mencari jaringan dan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

34' | PELUANG BUAT @OfficialJohor!

Penyerang berbisa, Safawi Rasid hampir-hampir meletak kembali Johor Darul Ta'zim di depan tetapi hanya tiang gol yang menjadi pemisah.#LigaSuper2019#MFLLive#PKNPJDT pic.twitter.com/uXQOc1Qj8U

— MFL LIVE (@MFL_Live) June 14, 2019

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan lebih banyak bermain secara berhati-hati dan JDT terlebih dahulu melancarkan serangan ke kubu tuan rumah. Rembatan Safawi sekali lagi dikecewakan oleh tiang

47' | SAFAWI SEKALI LAGI!

Untuk kali kedua dalam perlawanan ini, percubaan penyerang @OfficialJohor, Safawi Rasid dihalang oleh tiang gol di Stadium Manjung.#LigaSuper2019#MFLLive#PKNPJDT pic.twitter.com/ubI2i5ztup

— MFL LIVE (@MFL_Live) June 14, 2019

Mereka juga memperolehi peluang terbaik untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke 56 selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Namun begitu, Gonzalo Cabrera gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila sepakannya melambung tinggi melepasi palang gol.

Perlawanan mula menjadi panas apabila JDT terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas pemain tengah mereka, Mohd Afiq Fazail dilayangkan kad merah kerana mengasai pemain PKNP.

Kelebihan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan PKNP FC dan keputusan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas tamat perlawanan, berlaku sedikit kekecohan antara pemain kedua-dua pasukan di tepi padang namun berjaya dileraikan pengadil serta pengurusan pasukan.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...