Cara Bermaafan Ayu Dan Ayahnya Di Hari Raya Dikecam!

by Oh! Semput


12
SHARES
152
VIEWS
Posted on 05 Jul 2017 03:00:51

Sudah menjadi kebiasaan, apabila 1 Shawal menjelma anak isteri saling bermaafan, mencium tangan kedua ibubapa dan suami sebagai tanda keinsafan dan kasih sayang.

Tetapi bagi seorang penyanyi Indonesia, Ayu Rosmalina @ Ayu Ting Ting (22) caranya menunjukkan kasih sayang kepada ayahnya Abdul Razak mengundang kritikan netizen.

Gambar yang diambil pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu menjadi perbincangan hangat. Ini kerana dalam gambar tersebut memperlihatkan cara sungkeman Ayu dan ayahnya yang dianggap tidak wajar oleh netizen.

Dalam gambar itu keduanya saling melingkarkan tangan pada leher sambil bercium bibir sebagai tanda kasih sayang antara anak dan ayah.

Gambar bawah Ayu mengucup bibir ayahnya diperhatikan oleh ibu dan adiknya.

Jadi menurut pengamatan dan pertimbangan kamu, apakah tindakan mereka wajar atau sebaliknya?

Ayu pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013. Mereka dikurniakan seorang anak yang dinamakan Bilqis Khumairah Razak. Walau bagaimanapun, perkahwinannya tidak kekal apabila dia memohon cerai pada 27 Januari 2014.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts