by Oh! Semput
Harapan vokalis New Boyz, Tomok untuk kembali bersama bekas pemain bass kumpulan itu, Syuk, tidak kesampaian apabila individu berkenaan menolak ajakan untuk menyertai konsert mereka.
Syuk atau nama sebenarnya Mohd Syukri Mohd Shanushi berkata, dia sudah tidak berminat untuk menyertai New Boyz, namun tetap mendoakan kejayaan Tomok dan rakan-rakan.
“Maaf Tomok, aku tak merajuk dan kita tak bergaduh pun. Aku cuma beritahu dah tak berminat nak join (sertai New Boyz).
“Terima kasih sebab jemput untuk join konsert. Aku doakan NB (New Boyz) selalu sukses dan konsert berjalan lancar,” coretnya.
Sebelum ini, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 40, berkata kali terakhir dia menghubungi Syuk adalah sekitar 2009 atau 2010.

Menjelang konsert New Boyz yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember depan, Tomok turut cuba mencari Syuk di kawasan perumahan selain bertemu ibunya, namun masih tidak mendapat jawapan.
Menurut Tomok, kehadiran Syuk amat bermakna buat peminat kerana bekas pemain bass itu terlibat dalam rakaman dua album terawal New Boyz yang memuatkan beberapa lagu popular kumpulan berkenaan.
Namun, posisi Syuk kemudiannya digantikan oleh Zack.
Tomok berkata, peminat masih berharap Syuk dapat kembali bersama New Boyz selepas empat konsert terdahulu berlangsung tanpa kehadirannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Aku Dah Tak Berminat Nak Join” – Syuk Tolak Tawaran Tomok New Boyz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.