Bermula November, whatsapp akan tamatkan fungsi 43 model telefon android dan iphone ini

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:50



 


Syarikat media sosial gergasi, Facebook. Inc mengumumkan aplikasi tersebut akan berhenti berfungsi bagi beberapa model telefon pintar lama dalam tempoh dua bulan lagi.

Lapor The Sun, platform mesej itu akan memansuhkan sistem sokongan dalam beberapa model telefon pintar lama bermula 1 November ini.


Ia sekali gus menyebabkan jutaan pemilik tidak dapat menggunakan aplikasi tersebut jika tidak menukar telefon  pintar mereka.



Sebanyak 43 model telefon pintar menggunakan sistem operasi Android dan Apple iOS tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan pesanan sedia ada itu.


Model telefon pintar dengan sistem perisian Android 4.0.4 atau yang lebih lama akan menjadi tidak serasi, begitu juga iPhone dengan iOS 9 ke bawah.



Model-model telefon pintar yang terlibat adalah Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2, LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II, Huawei Ascend Mate, Ascend D2 serta Apple iPhone bagi model SE, 6S dan 6S Plus.


Menurut WhatsApp, penghentian sokongan untuk telefon lama akan menjadikan aplikasi itu beroperasi dengan lebih selamat.


: Agensi via sinar harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News