Bertembung di Jalan Nabawan-Kalabakan

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 02:00:30

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut dalam kemalangan di Jalan Nabawan-Kalabakan dekat Keningau, selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya bertembung dengan sebuah lori, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Bahariah Hattompong, 51, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suami Jamal Kurago, 52, dan anak perempuannya Siti Mashitah Jamal, 15, hanya cedera ringan.

Bomba menerima panggilan pada 3.51 petang dan sampai ke lokasi kejadian pada 5.40 petang berikutan jarak perjalanan jauh, kira-kira 140 kilometer, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa dihantar oleh orang awam ke klinik berhampiran.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts