Bertuah… 3 Rakan Satu-Satunya Penumpang Pesawat Ini

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 08:00:58

TIGA orang wanita bersahabat baik ini menikmati pengalaman penerbangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila apabila menjadi satu-satunya penumpang dalam pesawat ini.

Pengalaman unik ini dirasai oleh Laura Stevens, 34, dan kawan-kawannya Sarah Hunt, 35, dan Laurie-Lin Waller, 33, ketika dalam perjalanan ke London dari Gibraltar dengan menaiki pesawat British Airways selama dua jam.

british-airways-empty-flight-767073

1-mizz-nina-noh-tak-tertekan-disoal-tentang-zuriat-rotikaya

Difahamkan, pesawat ini menjadi kosong gara-gara penerbangan pesawat itu ditangguh selama tiga jam hingga menyebabkan penumpang lain menaiki penerbangan yang lebih awal.

Perubahan masa itu bagaimanapun memberi tuah buat tiga sahabat ini kerana mereka bukan sahaja menikmati ‘tiket jet peribadi’, malah mendapat layanan istimewa apabila dinaikkan ke kelas bisnes.

Menurut Daily Mail, mereka juga tidak putus-putus dihidangkan dengan minuman dan makanan yang enak.

Lebih mengujakan, mereka turut diberi peluang berswafoto di kokpit bersama anak-anak kapal. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts