Betul ke bila ‘update’ PADU automatik layak terima bantuan? Ini jawapannya

by Oh! Semput


10
SHARES
135
VIEWS
Posted on 12 Feb 2024 08:01:32

Kebanyakan rakyat Malaysia pasti mengetahui tentang Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi pada awal 2024.

PADU merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap yang tinggal di Malaysia.

Pelaksanaan PADU bertujuan untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar ekonomi secara berfokus.

Betul ke bila 'update' PADU automatik layak terima bantuan? Ini jawapannya

Tujuan utama PADU adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam perancangan dasar dan pengagihan sumber. Khususnya, pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan akan menjadi lebih berfokus terhadap rakyat yang benar-benar layak untuk menerimanya.

Selain itu, pangkalan data ini juga akan menjadi sumber rujukan pusat dalam membantu kerajaan membuat keputusan berdasarkan data.

Untuk memastikan keberkesanan inisiatif digital ini, pangkalan data utama ini telah dibangunkan oleh beberapa pihak dengan kerjasama daripada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia, serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan bersama agensi pembekal data.

Adakah bantuan/subsidi akan diberikan secara automatik selepas kemas kini data dalam PADU?

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, PADU bertujuan untuk memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada golongan yang layak.

Oleh itu, bantuan tidak akan diberikan secara automatik selepas kemas kini data. Ini kerana kerajaan perlu menilai maklumat pengguna PADU terlebih dahulu bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan mekanisme yang telah ditetapkan.

Jika maklumat anda menepati kriteria kumpulan sasaran sesuatu dasar, baru anda layak untuk menerima bantuan tersebut.

Adakah satu kesalahan jika kita tidak mahu mendaftar PADU?

Untuk pengetahuan semua, rakyat Malaysia disarankan untuk mendaftar PADU bagi membantu kerajaan mengenal pasti status sosioekonomi anda.

Walaupun mendaftar adalah disyorkan, ia tidaklah mandatori. Individu yang tidak mendaftar tidak akan dikenakan hukuman kerana perkara ini tidak melanggar undang-undang.

Namun demikian, ketiadaan data di dalam pangkalan data utama boleh menyebabkan anda tidak layak menerima bantuan atau perlindungan sosial, jika layak.

Bagi mereka yang belum mendaftar, anda boleh melakukannya secara dalam talian di Portal Rasmi PADU. Pendaftaran juga boleh dilakukan secara fizikal di Pejabat Operasi Negeri Jabatan Perangkaan Malaysia dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berdekatan.

BACA: Sistem pendidikan dalam bahaya, ramai ibu bapa elak hantar anak ke Sekolah Kebangsaan, dimana silapnya?

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts