‘Bibik Dajal, baru sebulan kerja dah cederakan anak aku dan rancang bunuh suami aku!’

by Oh! Semput


9
SHARES
118
VIEWS
Posted on 22 Jul 2017 18:00:59

Kalau bulan lepas kecoh kisah Dato Alif Syukri dengan bibik penyangak, kalau kelmarin gempar 1 Malaya kisah Fynn Jamal dan bibik kaki drama, Hah, hari ni meh aku gemparkan lagi 1 kisah. Kisah Hanani Ahmad dan bibik Dajal.

*************

Minggu lepas cukup sebulan dia kerja dengan kami. Masa nak ambik kerja, dia bagi tau kami dah berkahwin 2x. Suami pertama mati kena tembak, ada anak seorang perempuan, suami kedua bisu ada anak 2 orang lelaki dijaga oleh sedara mara di Indon. Sudah 2tahun tak jumpa katanya rindu sama anak2 bila tengok anak2 aku (Alahaiiiii sedihnyeee kannn kisah kau). Minggu pertama kerja, everything went well. Sebab waktu ni aku masih ada kat rumah.

After raya, aku start masuk office. Ada hidden cam tapi after 2w cam problem. Lukman pulak malas nak baiki plus too positif. Dia dok keep on pesan kat aku takpe lah mama, kita niat baik nak tolong dia, InsyAllah dia pon akan kerja baik2. Okay, time ni aku start uji dia. Dan, dah nampak benda2 yang pelik tapi aku layan kan ja. Sebab small mistakes.

Bermula 2nd week lepas raya dia dah start buat perangai. Kisahnya, seminggu sebelum raya waktu tu dia baru kerja dalam seminggu, dia minta izin nak balik rumah so called ‘kakak sepupu’ di Kajang. Aku tak kisah sangat. Lagi suka kot sebab tak perlu bawak dia balik kampung.

Tapi Lukman tak bagi. Sebab dia baru kerja then kami akan bercuti lama ke kampung so takkan nak biar ja dia kat Kajang tu 10-12days. So nak tak nak dia kena ikut kami balik Baling raya tu.

Dipendekkan cerita, lepas balik dari raya dia buat cerita lain pulak. Dia kata dia punya so called ‘kakak sepupu’ tu sakit so nak mintak izin pulang ke Kajang untuk ziarah. Tapi aku tak bagi sebab aku dengan Lukman nak kena masuk office jugak sebab ada banyak benda yang kena settle kan. Dia diam saja tapi esok tu masa aku kat office dia mesej bagitau kata raya haji ni tak mau ikut aku balik kampung. Nak balik Kajang jugak. Whatt???? Siapa yang majikan siapa yang bibik sekarang ni?? Suka suka hati bagi order kat aku. (Masa ni aku masih tertipu ya kawan2 bahawa yang kat Kajang tu sepupu dia. Yang sebenarnya jantan keparat !)

Ok, start dari detik ni dia start tunjuk perangai Dajjal.

Panjang sangat kalau aku nak cerita in detail. So aku pendekkan ja la nah.

1) Aku order barang basah delivery ke rumah, aku pesan more than 10 times sebelum keluar g office. Beria menggangguk paham. Tapi bila aku balik kerja petang tengok ayam dah membusuk berulat atas tembok. Bila aku tanya kenapa tak ambil, sambil jeling2 jawab saya tak tau.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts