Kredit foto: Instagram Ojen Aiwah , X (Twitter) @ruzain_ahza , Facebook Ruzainahza
Siapa Ojen Aiwah? Nama penuhnya, Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli adalah figura TikTok yang kian melonjak naik dan usahawan kunafa yang sudah dikenali ramai.
Biodata
Nama sebenar: Mohd Ruzain Ahza bin Mohd Rosli
Nama komersial: Ojen Aiwah, Ojen Aiwahh, Ojen Aiwahhh, Ojenn Aiwahhh, Zain Rosli
Umur: 29 tahun (2024)
Jantina: Lelaki
Asal: Selangor
Keluarga: Anak sulung daripada tiga orang adik beradik
Pendidikan: Diploma dalam jurusan bahasa Arab daripada sebuah pusat pendidikan di Yaman
Pekerjaan: Usahawan, Pencipta Konten, Penyanyi
Instagram (IG): @ojennaiwahhh_
Tiktok: @ojennn_aiwahh
Latar Belakang
1. Ojen berkebolehan bertutur dalam bahasa Arab, satu kelebihan yang memberi warna berbeza kepada dirinya. Namun, di sebalik kelebihan itu, terselit kisah peribadi yang tidak semua orang tahu. Ojen pernah melanjutkan pengajian di Mesir, begitupun terpaksa berhenti separuh jalan, selepas terlibat dalam kontroversi video menari yang mencetuskan sensitiviti di kalangan sesetengah pihak. Isu itu memaksa Ojen untuk mengambil keputusan sukar berhenti belajar.
2. Dia telah melalui transformasi besar dalam hidupnya. Dahulu, namanya sering menjadi bualan ramai sebagai pencipta kandungan mekap di media sosial, yang mana ramai yang mengkritik penampilannya yang dianggap menyerupai wanita. Namun, di sebalik kecaman itu, Ojen mengambilnya sebagai teguran positif. Dengan hati yang terbuka, dia memutuskan untuk berubah dan memperbaiki diri, sambil perlahan-lahan meninggalkan dunia lamanya serta konten mekap untuk menjadi insan yang lebih baik.
3. Dia kemudian beralih kepada perniagaan kunafa yang meskipun bukanlah perkara baru, dia berjaya membezakan dirinya di tengah lautan peniaga lain. Keistimewaan kunafa yang dihasilkannya, kata Ojen, terletak pada keunikan perisa yang diinspirasikan daripada elemen kemelayuan.
4. Ojen bersama pasukannya giat menjelajah ke pelbagai negeri, membawa kunafa istimewa mereka ke seluruh pelusuk negara. Sambutan yang diterima tidak pernah dijangka — barisan panjang pembeli setia sanggup menunggu berjam-jam, semata-mata untuk merasai keenakan kunafa hasil air tangannya.
5. Pada puncak kegemilangannya sebagai usahawan, dia berani mencabar dirinya dengan meneroka bidang baru sebagai penyanyi. Pada tahun 2024, dia melancarkan single pertamanya yang berjudul Hubb, hasil karya komposer terkenal Zai Hamzah dan Hemo, dengan lirik yang ditulis oleh Achoi Floor 88, Hemo dan Ojen sendiri.
Fakta Menarik
1. Dalam perkongsian di media sosial, dia tidak pernah lupa menekankan bahawa kejayaan yang dikecapinya hari ini bukanlah semata-mata hasil kerja keras, malah berkat daripada doa dan restu ibunya. Doa seorang ibu, katanya, adalah rahsia terbesar di sebalik kejayaan luar biasanya.
2. Sebelum ini, nama Ojen pernah menjadi sebutan hangat di media sosial apabila timbul khabar angin kononnya dia bakal berkahwin dan beristeri. Spekulasi itu mencetuskan pelbagai reaksi, namun akhirnya terbongkar bahawa ia hanyalah gimik semata-mata untuk pelancaran produk terbarunya.
3. Pada tahun 2023 membawa ujian buatnya. Dalam satu perkongsian di laman TikTok, dia menceritakan dugaan pahit apabila sebanyak 40 tub Nutella dan coklat putih miliknya pecah dalam penghantaran, akibat kecuaian pihak syarikat penerbangan. Waktu itu, dia sedang berada dalam fasa akhir persiapan untuk menjalankan perniagaannya di Sarawak.
Foto
Ibu bapa Ojen
Kredit foto: Instagram Ojen Aiwah , X (Twitter) @ruzain_ahza , Facebook Ruzainahza
Kredit video: Ojenn Aiwahhh - Hubb [ حُبْ ] (Official Music Video)
: