Biodata Ameer Sofazr, Peserta Gegar Vaganza 6 (GV6) 2019

by Oh! Semput


17
SHARES
225
VIEWS
Posted on 13 Oct 2019 01:01:20

Home tambahan selebriti

Biodata Ameer Sofazr, Peserta Gegar Vaganza 6 (GV6) 2019


Kredit foto: Instagram Ameer Sofazr

   

Vokalis kumpulan Sofazr iaitu Ameer merupakan antara yang bakal menghangatkan pentas program realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) mulai Oktober ini.

Barangkali ramai yang tidak tahu, Ameer sebenarnya pernah bertanding dalam program Bintang RTM 2001 yang ketika itu turut disertai Misha Omar, Sarah Raisuddin, Azharina Azhar, Farawahida  dan Asmidar.

Berikut biodata penuh dan latar belakang penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Janjiku ini.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Amir bin Mahiyiddin yang lebih dikenali umum sebagai Ameer Sofazr.

2. Lahir 18 Januari 1983. Kini berusia 36 tahun.

3. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Bintang RTM 2001 yang turut melahirkan nama-nama hebat seperti Misha Omar, Sarah Raisuddin, Farawahida, Azharina Azhar dan Asmidar.

4. Merupakan vokalis kumpulan Sofazr yang antara lain dianggotai Shah atau Wan Shahbaharin Niktah selaku pemain gitar utama, Wan Shah Baharom Niktah (One) sebagai pemain dram, Ahmad Fairouz Mohamad (Fairouz) sebagai pemain bes, Zarimi Zahari (Zimi) sebagai gitaris dan Rodie Jamun (Rodie) sebagai pemain keyboard.

5. Sofazr yang mula berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2003 pernah menyertai syarikat rakaman Suria Records dan KRU Studios, bersama penghasilan enam buah album studio berjudul Cintai Aku pada 2004, Janjiku (2006), Kepantasanku (2008), Dan Bila Esok (2010), Maaf Dari Hati Mohd Atlas (2010) dan 1 Dekad (2013), termasuk sebuah album kompilasi, 'The Best Of Sofaz' pada 2009.

6. Rangkaian lagu-lagu hits Sofazr termasuk Janjiku, Pencinta Terbaik, Hanya Diriku, Tak Berhujung Pagi, Dan Bila Esok dan Salahku.

7. Mereka yang memperjuangkan jalur muzik freepop itu pernah diiktiraf sebagai Kumpulan Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2007 dan Penyanyi Duo/Kumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007.

   

Fakta Menarik

  • Nama asal kumpulan ini adalah Kumpulan Toys - The Outstanding Youngster, sebelum beralih kepada 'Sofaz' dan akhirnya menjadi 'Sofazr' pada perasmian album keempat mereka.
  • S.O.F.A.Z.R merupakan singkatan kepada nama-nama ahli mereka iaitu S untuk Shah, O (One). F (Fairouz), A (Ameer), Z (Zimi) dan R (Rodie).
  • Membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Sofazr The Movie - Jiwa Kacau.

   

Foto

Kredit foto: Instagram Ameer Sofazr

    

Video

Kredit video: Sofaz - Janjiku (Official Music Video - HD)

   

:

1. Wikipedia Sofazr

2. Wikipedia Amir Mahiyidin

3. Wikipedia Bintang RTM

4. Gegar Vaganza 2019

5. Kumpulan Sofaz Tukar Nama 'Sofazr'

   

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts