Biodata : 10 Fakta Nuha Bahrin, Penyanyi Lagu Casablanca, Gandingan Naufal Azrin

by Oh! Semput


97
SHARES
1256
VIEWS
Posted on 20 Jul 2022 03:01:50

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

  
Keindahan muzik dan senikata lagu Casablanca dendangan penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin bukan sahaja menjadi siulan peminat hiburan tanah air, malah mendapat sambutan pencinta muzik dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
  
Terbaharu, lagu ciptaan Daqmie dan Wan Saleh yang mendapat sentuhan penulisan lirik oleh Daqmie bersama Abdulkarim Al Ali ini mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.
  

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

  
Iluminasi bawakan 10 fakta menarik mengenai Nuha Bahrin, empunya lagu tersebut yang berumur 22 tahun dan berasal dari Rawang, Selangor.
  

10 Fakta Nuha Bahrin, Penyanyi Lagu Casablanca - Yang Ramai Tak Tahu!

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

  
1. Nuha merupakan anak ketiga di kalangan adik beradik dalam keluarganya.
  

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

  
2. Nyanyian Nuha pada pentas Vokal Mania 2020 (TV3) pernah trending rentetan insiden 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir yang dipopularkan Datuk Jamal Abdillah.
  
3. Nyanyian semula lagu-lagu Arab oleh Nuha di aplikasi TikTok telah menarik tumpuan ramai pada tahun 2021. Antara lagu 'cover' popular Arab dendangannya termasuklah Enta Eih, Ya Tabtab dan Talking To The Moon X Fi Hagat.
  

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

  
4. Nuha sudah lama meminati lagu Arab kerana dipengaruhi oleh minat ibunya.
  

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

  
5. Antara faktor kebolehannya menyampaikan perkataan Arab dengan baik adalah disebabkan pengalamannya belajar mengaji. Namun dia masih dalam proses pembelajaran menyebut perkataan Arab dengan lebih sempurna.
   

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

  
6. Mampu menguasai bahasa Sepanyol selain Arab adalah satu lagi kelebihannya.
  
7. ‘Casablanca’ dikatakan memberi sedikit elemen melodi ‘vibe’ penyanyi Waheeda hingga berjaya memancing pendengar generasi hari ini.
  
8. Amalan berselawat menjadi rahsia Nuha mengatasi rasa gemuruh sebelum memulakan persembahan pentas.
  

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

  
9. Dalam kerjaya nyanyian dia menginspirasikan penyanyi Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) iaitu Yuna sebagai idolanya dalam bidang muzik.
  
10. Nuha kini menyambung pelajaran dalam jurusan pemasaran di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
  
Untuk biodata asas Nuha, anda boleh baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Nuha Bahrin
     

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

    
:
  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts