Biodata : 8 Fakta Nabil Aqil, Pelakon Drama Ku Punya Hati

by Oh! Semput


24
SHARES
313
VIEWS
Posted on 06 Aug 2022 04:01:45

Kredit foto: Instagram Nabil Aqil & Instagram Min Hamid

Nabil Aqil merupakan pelakon dan model serta abang kepada penyampai radio terkenal, Imran Aqil.

Mula popular sejak menyertai pertandingan Hero Remaja tahun 2017, penyandang Hero Favorite dalam pertandingan ikon pemuda Malaysia itu kini membuat kemunculan dalam drama berepisod terbaharu, berjudul Ku Punya Hati.

Pelakon lain yang menyertai siri saluran TV3 tersebut termasuklah Sharifah Rose, Alya Iman, Luqman Hafidz, Ainin Batrisya, Cahaya Nilam, Sera Melissa, Kirana Batrisyia, Ahmad Ezzrin Loy, Hafidz Roshdi, Sefik Khair, Silfeny Osman, Amy Nur Tinie dan Nina Nadira.

8 Fakta Nabil Aqil, Pelakon Drama Berepisod Ku Punya Hati Yang Ramai Tak Tahu

1. Pemuda berumur 24 tahun ini terkenal menerusi watak lakonannya dalam siri drama seperti Mr Grey, Ryan Aralyn, The Maid, Marry Me Senorita, Hati Yang Dikhianati, The Hotel, Tarik Aku Ke Syurga dan Nenda.

2. Beliau bergiat aktif sebagai model sejak tahun 2014 iaitu ketika masih menuntut di tingkatan 4.

3. Kerana rupa paras yang hampir mirip sama, juri ketika sesi uji bakat Hero Remaja menggelarkannya sebagai ‘Fattah Amin Junior’.

4. Wajahnya juga dikatakan seakan-akan mirip pelakon Korea terkenal iaitu Kim Woo-bin.

5. Tidak sekadar memiliki bakat lakonan, Nabil turut mempunyai skil memasak dan antara menu yang mampu disediakannya seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan sayur pak choy.

6. Pernah berdepan dengan pengalaman putus cinta, Nabil akui masih belum mempunyai teman wanita selepas hubungannya kira-kira lima tahun lalu menemui kegagalan.

7. Meletakkan sasaran untuk terus terlibat dalam bidang seni sehingga umurnya mencecah lebih 40 tahun.

8. Ibu Nabil yang memiliki darah kacukan Pakistan dan Jawa, baru sahaja berusia awal 40an kerana berkahwin pada usia yang sangat muda, iaitu selepas tamat pengajian sekolah menengah.

Bersama adiknya, Imran Aqil (kanan)

Nabil adalah anak saudara kepada pelakon Syafiq Kyle

Untuk biodata asas Nabil Aqil, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Nabil Aqil

Kredit foto: Instagram Nabil Aqil & Instagram Min Hamid

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Boleh Muntah Hijau Tau Nak Layan Haters! | Ku Punya Hati (2022) - Bukan Adaptasi Novel

:

1. Nabil Aqil, Budak Nakal Hero Remaja Bakal Jadi Hero Nombor 1 Malaysia

2. Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupanya IBU Kepada 3 Orang ANAK! Cantik Persis Model Kacukan

3. Nabil Aqil simpan impian besar untuk jadi seperti ‘pelakon Korea’

4. Nabil Aqil, Finalis Hero Remaja 2017 Iras Wajah Fattah Amin

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts