Biodata Ina Naim, Isteri Penyanyi Suhaimi Saad

by Oh! Semput


44
SHARES
566
VIEWS
Posted on 29 Mar 2019 20:05:35

Home tambahan selebriti

Biodata Ina Naim, Isteri Penyanyi Suhaimi Saad


Biodata

1. Pemilik nama penuh Nordiana binti Mohd Naim, popular sebagai Ina Naim. Juga dikenali sebagai Diana Naim.

2. Lahir pada 19 Mac 1984. Kini berusia 35 tahun (2019).

3. Berasal dari Muar, Johor, Malaysia.

4. Dibesarkan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

5. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

6. Menceburkan diri dalam bidang seni sejak era 2000-an sebagai penyanyi dan pelakon.

7. Menjadi penyanyi wanita pertama bernaung di bawah syarikat Hijjaz Records.

8. Lagu-lagu pernah dirakamkannya ialah Duhai Hati, Lukisan Hati, Rebah dan Mencari Dia, Sempurna dan Bersarang Di Hati.

9. Album mini solonya mendapat sentuhan komposer-komposer ternama seperti Fauzi Marzuki, Yasin dan anggota kumpulan Hijjaz.

10. Juga mendendangkan lagu Tak Punya Siapa dan Joget Lebaran menerusi album kompilasi raya Hijjaz berjudul Lembaran Syawal.

11. Pernah mengasah bakat nyanyian dengan mengikuti kelas vokal daripada Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi, bekas guru vokal program realiti Akademi Fantasia.

12. Pernah membintangi drama rantaian, Air Mata Maria terbitan Skop Productions.

13. Mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Asmawi Ani atau Mawi pada 10 Februari 2004, begitupun ikatan itu hanya bertahan sehingga 10 Julai 2006.

14. Beliau sudahnya mendirikan rumah tangga dengan bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi bin Saad atau Suhaimi Saad pada 12 Ogos 2007, sebelum beroleh rezeki empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Salman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).

15. Bagaimanapun lewat ini, dirinya dilihat memperlahankan rentak seni dengan memberi tumpuan kepada keluarga dan bisnes yang dijalankan.

Foto

Kredit foto: Facebook Ina Naim

Video

Kredit video: Youtube Berita Harian

: Wikipedia


tags :

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts