Biodata Wan Raja, Pelakon Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri, Suami Yaya Maembong

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 14 May 2022 04:00:58

Home tambahan selebriti

Biodata Wan Raja, Pelakon Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri, Suami Yaya Maembong


Kredit foto: Instagram Wan Raja

  
Siapa Wan Raja? Wan Raja merupakan seorang pelakon yang kini terkenal dengan peranannya dalam drama berepisod Dendam Seorang Isteri, sebagai suami curang, Harris yang bermain kayu tiga dengan bekas isterinya, hingga membuatkan penonton panas!
  

Biodata

Nama sebenar: Saiful Redzuan bin Abu Bakar
Nama pentas: Wan Raja
Umur: 44 tahun (2022)
Tarikh lahir: 12 Februari 1978
Tempat lahir / Asal: Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kerjaya: Pelakon
Instagram (IG): @wanraja
  

Latar Belakang

1. Aktif sebagai anak seni sejak tahun 2007.
2. Membintangi filem Sifu & Tongga, Dalam Botol, 2 Hati Satu Jiwa, Balun, Makrifat Cinta, KL Special Force, Kolong dan Tuju Tuju The Movie.
3. Beliau membuat penampilan televisyen dalam drama bersiri Spa Qistina, Love You Mr. Arrogant, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Teman Lelaki Upahan, Tundukkan Playboy Itu, Kampong Pisang Bersiri-siri, I-Tanggang: Mother of All Lies, Dendam Seorang Isteri, Khilaf Asmara dan banyak lagi.
4. Wan Raja turut melakonkan watak dalam telefilem, antaranya Anak Mamak Menantu Mami, Dalca Mami Georgetown, Waris Songsang, Duit Kahwin, Kalut Nak Raya, Airis dan Matahari.
5. Pada pementasan teater, beliau muncul dalam Jebat, Puteri Saadong, Devian Dogma, Radin Mas, Tengku Putri Salasiah, Waktu Sesudah Itu, Mayat dan lain-lain.
6. Wan Raja berkahwin dengan pelakon Rabbiati Adawiyyah Ismail atau nama popularnya, Yaya Maembong pada 12 Disember 2014. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, pelakon Seri Aileen Marissa (lahir 4 April 2016) dan seorang anak lelaki, Muhammad Emre Farizqi (lahir 13 Januari 2018).
  

Fakta Menarik

1. Perjalanan seninya bermula dengan pembabitan menerusi persembahan pentas teater.
2. Isterinya, Yaya Maembong merupakan adik beradik kepada aktres terkenal, Emma Maembong dan Chacha Maembong.
3. Pada tahun 2017, anaknya, pelakon cilik Seri Aileen Marissa diberi peranan dalam siri Sayang Papa Saya Tak, di mana dia muncul bersama ibu saudaranya, Emma Maembong, serta Hisyam Hamid dan Luqman Hafidz.
     

Gambar

  

Kredit foto: Instagram Wan Raja

  

Video

Kredit video: [EPISOD PENUH] DENDAM SEORANG ISTERI - EPISOD 1 (FULL)  
:
  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Popular Posts