'Boleh tak u delete tweet ni? BF I like tweet ni' - Sikap overprotective gadis ini buat netizen rasa menyampah

by Oh! Semput


HOME Posted on 27 May 2019 01:01:21




Seorang pengguna Twitter terkejut apabila mendapat mesej dari seorang gadis yang meminta dia memadamkan tweetnya hanya kerana teman lelaki dia menyukai tweet tersebut. 

Bukan satu tweet, tetapi dua tweet dan tindakan gadis itu membuatkan Sis Madu (bukan nama sebenar) berasa kurang senang dan tidak enggan menuruti kemahuannya. 

"Saya tak kenal pun siapa boyfriend awak tapi saya percaya ia hanya sekadar like. You lagi lawa dari I, serious," kata Sis Madu. 



Malangnya, gadis itu tidak berpuas hati dan mula menempelaknya. 

"I suruh delete tu, delete je la. Susah sangat ke? Acah lawa, speaking plak tu. Memang you nak jadi perampas BF orang ke? 

"Hidup ni banyak lagi lelaki lain boleh ambik, nak juga BF orang kenapa? 

"Tolong sis, I merayu sangat-sangat. Semua gambar you, dia like. Saya tak nak dia berubah hati," katanya, namun tidak dibalas oleh Sis Madu. 

Tidak puas hati mesejnya tidak dibalas, sekali lagi dia menghantar mesej berikut yang seterusnya membuatkan Sis Madu terus menyekatnya dari 'stalk' Twitternya. 

"Seronok ke sis? Sebarkan aib i, orang gelak support you, nak rampas BF I, memang you tak faham bahasa yea? Kalau rasa loner sangat, carilah BF, bukan cuba ambil hak orang. 

"Kenapa tak reply? Takut? Nak orang backup you? Tunggu BF I like tweet you yang baru ke baru you nak reply I? 

"Kalau kami break, I salahkan you sebab you tak faham bahasa. You memang perampas," katanya. 


Sementara itu, netizen mengecam tindakan gadis itu yang sangat keterlaluan sehingga menyebabkan mangsa berasa ketakutan. 

"Dia yang tak reti jaga laki dia, kau pula yang kena buang tweet. Eh bodoh eh!" kata netizen. 

Dia yang tak reti jaga laki dia. Kau pulak yang kena buang tweet. EY Bodow. Ey.
— Johntacular (@AmeerJ0hn) May 24, 2019


Bodonya dia. Habistu kalau bf dia like gambar sharifah rose, sharifah rose kena delete instagram ke. Hahaahhahaha
— ALINN

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...